Peluang mendapatkan pinjaman untuk sesiapa yang bercita-cita hendak buka kedai.
Juga peluang menambahkan modal perniagaan untuk usahawan Bumiputera yang sudah mula berniaga dan kini memasang impian untuk membesarkan perniagaan agar lebih maju.
Bagi perniagaan baru tidak banyak sumber dana yang boleh diakses kerana perniagaan masih belum teruji.
Oleh itu, peniaga baru atau bakal peniaga perlu sediakan modal dari wang simpanan peribadi atau menjual lebihan aset yang ada.
Boleh juga memohon pinjaman peribadi untuk dijadikan modal perniagaan.
Atau cuba memohon bantuan kewangan yang disediakan sepertimana program-program berikut:
Pinjaman PROSPER Runcit PUNB
Skim Prosper Runcit ini bertujuan mempertingkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam perniagaan runcit.
Justeru ia membuka peluang kepada Bumiputera yang ingin menceburi atau mengembangkan perniagaan runcit.
Jenis perniagaan runcit yang boleh dipertimbangkan termasuklah stesen minyak, kedai tekstil & pakaian, kedai emas, kedai cermin mata, kedai menjual makanan & minuman, kedai kasut dan barangan kulit, kedai kosmetik & kecantikan, kedai aksesori wanita, kedai buku & alat tulis, kedai herba dan ubatan tradisional, kedai peralatan sukan dan rekreasi, kedai elektrik & elektronik, trak bergerak atau lain-lain perniagaan yang sesuai dengan keperluan bidang peruncitan.
Syarat kelayakan
Usahawan
1. Bumiputera berumur lebih 18 tahun.
2. Memiliki kemahiran perniagaan dan sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti oleh PUNB.
3. Sanggup bekerja sepenuh masa.
4. Tiada rekod kurang memuaskan dengan institusi kewangan.
5. Membiayai dengan dana sendiri sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kos projek.
Perniagaan
1. Perniagaan runcit milik 100% bumiputera.
2. Perniagaan berdaya maju dengan pembiayaan tidak melebihi RM1juta.
3. Aset syarikat tidak dicagarkan untuk pembiayaan dengan institusi kewangan lain.
4. Lokasi perniagaan telah dikenal pasti.
Jenis bantuan / Bentuk pembiayaan
-
Pakej Perkongsian Perniagaan
Pembiayaan ekuiti dan pinjaman berdasarkan prinsip Syari’ah sehingga RM1 juta, melalui pakej ini PUNB menyediakan pembiayaan ekuiti sehingga 10% daripada jumlah kos projek dan kemudahan pinjaman untuk membiayai sehingga 80% baki kos projek.
-
Pakej pembiayaan dan perkhidmatan
Pembiayaan maksimum sehingga RM200,000 atau 90% daripada jumlah kos projek berdasarkan prinsip Syariah. Pakej ini menawarkan khidmat nasihat perniagaan dan latihan membangunkan kemahiran perniagaan.
- Khidmat kenal pasti premis perniagaan melalui TPPT (syarikat hartanah kelolaan Bank Negara Malaysia)
- Bantuan Pembangunan Kemahiran Keusahawanan
- Pengurusan Perakaunan
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan terus kepada PUNB
Hubungi
Sekretariat PROSPER
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
Tel: 03 – 2785 1515
Faks: 03 – 2780 2100
Laman Web: www.punb.com.my
Laman FB : PUNBofficial
MAJOR HJ AZIZ BIN HJ MOH YASSIN ( Bersara) says
Asalamualaikum, saya Major Hj Aziz Bin Hj Mohd Yassin ( Bersara) telah menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd untuk berkecimpong dalam bidang penjualan makanan sejuk beku. Setakat ini kami telah menyewa lot kedai sebagai premis perniagaan kami. Kedai telah diubah suai dan kami telah membeli,barang berikut :-
1. 1 x FREEZERROOM saiz 12′ x 11′ x 9′ ( untuk meyimpan Produk. Suhu Freezer -18 deg cel..
2. 6 x Box Freezer saiz 1844 x 694 x 850.
3. 1 x Lori Rigid – REFRIGERATED 3 ton.
kami perlu tambahan modal untuk membeli produk-produk makanan sejuk beku untuk kedai kami dan juga untuk memenuhi permintaan pelanggan sedia ada. Besar harapan kami agar pihak tuan dapat membantu meyelesaikan masaalah kami. Terima Kasih.