Kerajaan mewujudkan pelbagai agensi bagi meningkatkan pembangunan perniagaan Bumiputera.
PUNB singkatan bagi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ialah salah sebuah agensi yang menyediakan bimbingan dan bantuan pembiayaan berkaitan perniagaan dan keusahawanan.
Menurut laporan berita PUNB telah membantu 6,341 syarikat mewakili lebih 9,000 usahawan menerusi pelbagai skim keusahawanan dengan pembiayaan sebanyak RM2.7 bilion.
Bagi tempoh Mac 2017 sehingga April 2018 PUNB telah membantu lebih 380 usahawan membabitkan pinjaman kewangan sebanyak RM125 juta dalam pelbagai bidang perniagaan.
Usahawan yang mempunyai idea perniagaan berpotensi tetapi sukar mendapatkan modal untuk kembangkan perniagaan perlu tinjau skim pinjaman yang ditawarkan PUNB.
Pinjaman PROSPER Teras
Pinjaman PROSPER Runcit
Pinjaman PROSPER Runcit Trak Bergerak
Pinjaman PROSPER Pemborong
Pinjaman PROSPER Usahawan Muda
Pinjaman Usahawan Muda Budding PUMA
Pinjaman PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana)
Pinjaman Hartanah Premis Perniagaan
Pinjaman PUNB PROSPER Teras
Skim pinjaman Prosper Teras menyediakan pembiayaan modal untuk pemilik kedai dan peniaga runcit menaiktaraf dan memodenkan perniagaan melalui susun atur produk, pilihan produk dan sistem perniagaan bersepadu.
Jumlah pinjaman sebanyak RM50,000 hingga maksimum RM500,000.
Tempoh pinjaman ialah sehingga 10 tahun.
Pembiayaan disediakan untuk kos ubahsuai premis, pembelian aset tetap, stok barangan dan sebagai modal kerja.
Pemohon perlu menyediakan modal sendiri minima 10% daripada jumlah kos.
Sektor Perniagaan Tumpuan
Automotif
Bahan binaan
Telekomunikasi
Profesional
Pendidikan (Pra Sekolah, Pusat Jagaan Kanak-kanak & Pusat Tuisyen)
Sub-sektor industri peruncitan lain yang mempunyai nilai komersil yang tinggi
Syarat Kelayakan Pinjaman PROSPER Teras
1. Usahawan Bumiputera berusia 18 tahun ke atas.
2. Mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi.
3. Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti.
4. Memiliki rekod kewangan yang memuaskan dengan institusi kewangan.
5. Terlibat secara sepenuh masa.
6. Perniagaan adalah 100% milik Bumiputera.
7. Jenis perniagaan pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.
8. Perniagaan sedia ada dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.
9. Perniagaan berdaya maju dan mematuhi Shariah.
Skim Pinjaman PROSPER Runcit
Pinjaman Prosper Runcit terbuka kepada usahawan Bumiputera yang ingin menceburi atau mengembangkan perniagaan runcit.
Bidang perniagaan yang layak untuk dipertimbangkan merangkumi:
- Stesen minyak
- Kedai tekstil & pakaian
- Kedai emas
- Kedai cermin mata
- Penjualan makanan & minuman
- Kedai kasut dan barangan kulit
- Kedai kosmetik & kecantikan
- Kedai aksesori wanita
- Kedai buku & alat tulis
- Kedai herba dan ubatan tradisional
- Peralatan sukan dan rekreasi
- Kedai elektrik & elektronik
- Perniagaan trak bergerak
- Lain-lain perniagaan sesuai dengan keperluan bidang peruncitan
Jumlah Pinjaman PROSPER Runcit
Jumlah pinjaman bermula dari RM50,000 sehingga maksimum RM1 juta.
Bagi pinjaman melebihi RM300,000 stasus perniagaan mestilah syarikat Sendirian Berhad kecuali perniagaan stesen minyak.
Tempoh pinjaman adalah sehingga 10 tahun.
Syarat Kelayakan Pinjaman PROSPER Runcit
1. Usahawan Bumiputera berumur 18 tahun ke atas.
2. Memiliki ciri-ciri keusahawanan unggul seperti kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi.
3. Mampu membiayai sekurang-kurangnya 10% daripada kos projek.
4. Rekod pembayaran yang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan.
5. Komitmen penuh terhadap perniagaan.
6. Sanggup mengikuti kursus-kursus wajib yang dikenal pasti oleh PUNB.
7. Perniagaan dalam bidang peruncitan dan 100% milik Bumiputera.
8. Perniagaan berdaya maju dan mematuhi shariah.
9. Lokasi perniagaan telah dikenalpasti.
Pinjaman Trak Bergerak
Pinjaman untuk pembelian trak bergerak.
Jumlah pinjaman sehingga RM150,000.
Kadar pembiayaan berasaskan shariah dengan caj keuntungan 4.5% – 5.25% setahun.
Syarat Kelayakan Pinjaman Trak Bergerak
i. Perniagaan berdaftar pemilikan tunggal atau perkongsian.
ii. Memiliki lesen memandu kelas GDL.
iii. Mempunyai lesen perniagaan yang sah.
iv. Lokasi perniagaan telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.
v. Usahawan juga digalakkan menjadi ahli Persatuan Trak Makanan (Food Truck).
Pinjaman PROSPER Pemborong (Wholesaler)
Skim pinjaman untuk usahawan yang berhasrat mengembangkan perniagaan borong, pengedaran atau pembekalan.
Jumlah pinjaman RM500,000 hingga maksima RM5 juta.
Jumlah pinjaman sehingga RM10 juta boleh dipertimbangkan bergantung kepada penilaian khas.
Tempoh pinjaman adalah sehingga 10 tahun.
Bidang perniagaan yang layak merangkumi:
- Barangan pengguna.
- Barangan kegunaan industri komersil.
- Penyediaan khidmat hospitaliti bersaiz besar seperti hotel bajet, medan selera, rangkaian pusat perkembangan kanak-kanak dan sebagainya.
- Lain-lain perniagaan yang sesuai dengan keperluan bidang peruncitan berskala besar.
Syarat Kelayakan Pinjaman Pemborong PUNB
1. Usahawan Bumiputera yang menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa.
2. Memiliki sifat kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi.
3. Memiliki pengetahuan dalam bidang diceburi atau berpengalaman dalam perniagaan pemborongan dan pengedaran barangan.
4. Mempunyai rekod yang memuaskan dengan institusi-institusi kewangan
5. Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti oleh PUNB
6. Perniagaan berdaftar sebagai Syarikat Sdn Bhd dengan modal berbayar yang mencukupi.
7. Sekiranya perkongsian dengan rakan strategik bukan Bumiputera pegangan ekuiti mestilah tidak melebihi 30 peratus.
8. Mempunyai lesen, hak empunya (proprietary) atau hak pengedaran di atas nama usahawan Bumiputera.
9. Skop perniagaan meliputi pemborongan am, pengedaran secara ekslusif dan peruncitan berskala besar dan lain-lain bidang yang berkaitan.
10. Perniagaan sedia ada yang telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun atau/dan pemohon mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang yang dicadangkan.
11. Bersedia untuk menyediakan cagaran bersesuaian jika diperlukan.
Pinjaman PROSPER Usahawan Muda (PUMA)
Pinjaman Usahawan Muda PUNB memberi peluang kepada anak muda yang berminat memulakan perniagaan.
Jika sudah banyak kali cuba mendapatkan pinjaman bank tapi permohonan masih tidak berjaya mungkin rezeki anda untuk memulakan perniagaan ada di saluran ini.
Jumlah pinjaman sehingga RM100,000.
Tetapi pinjaman melebihi RM50,000 hanya ditawarkan kepada perniagaan milikan tunggal dan perkongsian yang sedia ada berdaya saing dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.
Tempoh pinjaman adalah sehingga 10 tahun.
Usahawan dan bakal usahawan yang menjalankan perniagaan dari rumah juga boleh dipertimbangkan.
Syarat Kelayakan Pinjaman Prosper Usahawan Muda
Calon sasaran
- Bumiputera.
- Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi dari 35 tahun pada tarikh pendaftaran.
- Perlu ada modal sumbangan minimum sebanyak RM500.
- Sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan oleh PUNB.
- Tiada rekod yang kurang memuaskan dengan mana-mana bank atau institusi kewangan.
Perniagaan
- 100% milik usahawan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan.
- Perniagaan yang patuh shariah.
- Perniagaan yang diyakini dan dilihat berdaya maju.
Bidang Perniagaan Tumpuan
- Peralatan Komputer
- Pendidikan
- Pengedaran & Pasar Basah
- Pakaian & Aksesori
- Konfeksi & Gerai Makanan
- Kosmetik & Perkhidmatan Kecantikan
- Alatan Logam & Perkhidmatan Kejuruteraan
- Fotokopi & Percetakan
- Buku & Alat Tulis
- Perhiasan Rumah
- Automotif
Permohonan Pinjaman Usahawan Muda
Bagaimana nak mohon pinjaman PUNB ini? Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) secara keseluruhannya melalui prosedur dan proses berikut:
a. Peserta mendaftar dan menghadiri Sesi Kesesuaian Keusahawanan.
b. Peserta menghadiri Kursus Rancangan Perniagaan PROSPER Usahawan Muda (ditawarkan sebagai pilihan atau jika perlu).
c. Peserta menghantar Rancangan Perniagaan ke PUNB untuk pertimbangan dan penilaian.
d. Peserta membentangkan Rancangan Perniagaan.
e. Kelulusan Pembiayaan (atau ditolak).
f. Jika lulus, peserta perlu menghadiri Kursus Sijil Keusahawanan PROSPER Usahawan Muda (3 Hari).
g. Pengeluaran dana pinjaman dan pelaksanaan perniagaan setelah semua dokumen dan syarat pengeluaran telah dipenuhi.
PUNB tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menjadi perantara yang mengenakan bayaran tertentu kepada usahawan dan bakal usahawan bagi mendapatkan kelulusan segera pinjaman.
Pinjaman Usahawan Muda Budding PUMA
Skim pembiayaan khas untuk para pelajar di institusi pengajian yang mahu memulakan perniagaan.
Peluang pinjaman bermula RM1,000 sehingga maksima RM10,000.
Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sangat rendah pada kadar rata 2% setahun.
Ketahui syarat-syarat pinjaman Budding PUMA.
Pinjaman PKS
Skim Pinjaman PKS disasarkan untuk usahawan dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan berdaya saing dan mempunyai potensi eksport yang tinggi.
Pembiayaan pinjaman PKS PUNB bermula dari RM500,000 sehingga maksimum RM5 juta.
Pinjaman sehingga RM10,000,000 boleh dipertimbangkan berdasarkan keperluan case-to-case.
Tempoh pinjaman PKS adalah sehingga 10 tahun.
Sektor Tumpuan Pinjaman PKS
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Elektrik, Elektronik dan Peralatan Komputer
Bio-teknologi, Farmasi, Peralatan dan Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan
Teknologi Makanan
Produk berasaskan pertanian
Kimia, Barangan atau Perkhidmatan Gas & Petroleum
Lain-lain sektor ekonomi yang sinergi dengan porfolio pelaburan PUNB
Syarat Kelayakan Pinjaman PKS
1. Usahawan Bumiputera yang menceburi bidang perniagaan sepenuh masa.
2. Mempunyai sifat kejujuran, keyakinan diri, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan disiplin diri yang tinggi.
3. Mempunyai rekod memuaskan dengan institusi-institusi kewangan.
4. Sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti PUNB.
5. Didaftarkan sebagai Syarikat Sdn Bhd dengan modal berbayar yang mencukupi.
6. Jika perkongsian bersama dengan rakan strategik bukan Bumiputera, pegangan ekuiti bukan Bumiputera mestilah tidak lebih 30 peratus.
7. Memiliki model perniagaan dan strategi pelaksanaan yang mantap.
8. Berupaya menghasilkan kadar keuntungan setanding dengan prestasi industri yang diceburi.
9. Mampu membayar pembiayaan yang sedia ada termasuk pinjaman baru.
10. Perniagaan sedia ada yang telah beroperasi 3 tahun ke atas serta akaun beraudit untuk 3 tahun.
11. Bersedia untuk menyediakan cagaran yang bersesuaian jika perlu.
Pinjaman Hartanah SME
Pembiayaan untuk membeli rumah kedai, kedai pejabat atau lot kedai.
Untuk pembelian premis perniagaan yang telah siap atau masih dalam pembinaan.
Tidak layak untuk pembiayaan semula (refinance) atau gadai janji.
Harga belian hartanah minima RM500,000 sehingga maksima RM2,500,000.
Ciri-ciri Pinjaman
Pinjaman Bank sehingga 95%. Margin pembiayaan hartanah sehingga 85% dan margin modal kerja sehingga 10%.
PUNB memberikan jaminan sehingga 25% daripada harga jual beli hartanah atau maksima RM250,000 yang mana satu lebih rendah.
PUNB akan mengenakan yuran jaminan sebanyak 1% daripada jumlah jaminan yang diberikan.
Tempoh pembiayaan hartanah sehingga 20 tahun, termasuk 2 tahun grace period.
Tempoh pinjaman modal kerja sehingga 5 tahun, dan boleh diperbaharui.
Syarat-Syarat Kelayakan Pinjaman Hartanah SME
1. Perniagaan 100% milik Bumiputera.
2. Jenis perniagaan pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.
3. Perniagaan sedia ada dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun.
4. Memiliki rekod kewangan yang memuaskan dengan institusi kewangan.
5. Terlibat secara sepenuh masa.
6. Mampu menyediakan modal 5% daripada jumlah margin pembiayaan.
Mohd rozi bin abd rasid says
Saya nak buat pinjam untuk perniagaan saya.saya buka kedai balut kusyen kereta.
Murni says
Assalamualaikum.. kalau hendak mulakan perniagaan macam mana hendak mohon
Syafinaz Abd Razak says
Salam. Saya mempunyai sebidang tanah seluas 1.5 ekar. Saya ingin mendirikan bangunan untuk disewa untuk kegunaan pelbagai aktiviti antaranya majlis perkahwinan, homestay, dan company team building. Perniagaan yang saya rancang meliputi katering, busana perkahwinan, makeup, bilik tidur, dewan majlis perkahwinan, photography, videography, design dan printing. Untuk pengetahuan, saya sekarang menjalankan perniagaan grafik and video dan system design and development. Adakah saya boleh memohon bantuan pinjaman PUNB?
makmur bin said says
assalamualaikum
saya dtg ngin membuat pinjaman runcit dan pemborong
macam mana cara dia