Pinjaman TEKUN

Kemudahan Pembiayaan TEKUN Nasional

pinjaman tekunObjektif
Menyediakan kemudahan pembiayaan mikro untuk keperluan modal kerja bagi membantu usahawan kecil bumiputera memulakan perniagaan dan melaksanakan projek perniagaan.

Tempoh pembiayaan maksimum : 6 bulan – 5 tahun

Jumlah pembiayaan minimum : RM500

Jumlah pembiayaan maksimum : RM50,000

Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana  Yayasan Tekun Nasional (TEKUN)

Syarat kelayakan

1.   Usahawan Bumiputera yang berumur antara 18 hingga 60 tahun.

2.   Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah.

3.   Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak memuaskan dengan institusi kewangan atau agensi Kerajaan.

4.   Pembiayaan perniagaan sedia ada adalah antara RM5,000 sehingga RM20,000 tertakluk kepada jenis pembiayaan skim TEKUN.

5.   Usahawan terlibat secara langsung di dalam perniagaan.

 

Jenis bantuan / Bentuk pembiayaan

TEKUN Niaga

Modal kerja tambahan untuk gerai tetap dan bergerak atau kedai bagi menjalankan perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan aktiviti pengeluaran.

TEKUN Rakan Niaga

Pembiayaan bagi pakej perniagaan usahasama dengan TEKUN i.e. produk kecantikan, makanan beku, pusat tuisyen dan lain-lain yang ditentukan oleh TEKUN.

TEKUN Tunas

Modal permulaan kepada usahawan baru yang berpotensi mengusahakan gerai tetap atau bergerak atau kedai bagi perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan aktiviti pengeluaran.

TEKUN Ternak

Menyediakan pembiayaan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan atau penternakan seperti lembu dan kambing, membiak burung Puyuh, ikan air tawar dan udang

TEKUN Tani

Menyediakan pembiayaan memulakan atau membesarkan perniagaan atau projek pertanian seperti penanaman pisang, jagung, tebu dan sayur-sayuran atau pokok ornament/hiasan seperti orkid, kaktus dan pokok bonsai.

TEKUN Jangka Pendek

Pembiayaan modal kerja daripada RM500 sehingga RM2,000 dengan pembayaran secara mingguan antara 1 bulan sehingga 3 bulan bagi menguruskan gerai pasar sehari atau malam, bazaar Ramadhan, pameran dan aktiviti promosi jualan.

TEKUN Pelancongan

Menyediakan pembiayaan memulakan atau membesarkan perniagaan atau projek pelancongan seperti inap desa program (Homestay), chalet, peralatan reakreasi, agro pelancongan dan lain-lain yang ditentukan oleh TEKUN.

 

Prosedur permohonan

  • Hubungi pejabat TEKUN yang terdekat
  • Hadiri majlis taklimat yang akan diadakan oleh YTN
  • Permohonan hendaklah dihantar terus ke TEKUN

Hubungi
Yayasan TEKUN Nasional
No. 2, Wisma Matmunap
Jalan 4/146, Metro Centre
Bandar Tasik Selatan
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-9058 8550
Faks : 03-9059 5980

Laman web :   www.tekun.gov.my

Saluran Tweeter :   tekunasional 

pinjaman berkaitan:

tekun . pinjaman tekun . tekun nasional . Syarat Pinjaman Tekun .

Comments

  1. Dila says:

    As salam,
    Saya nk bertanya, kalau nama blacklist boleh mohon ker?

  2. Salasiah Binti Mohd Santi @ Sayuti says:

    Assalamualaikum wrmbrkth. TEKUN, Saya Pn. Salasiah dan saya juga surirumah sepenuhmasa. Kami ingin buka perniagaan berasaskan pertanian iaitu meniaga ikan. Kami tiada kenderaan dan modal untuk memulakan perniagaan. Cuma saya mengharapkan duit suami yang hanya gaji sebulan RM1,500.00. Ini belum tolak lagi api air, sewa rumah, sewa motorsikal, keperluan barang2 dapur, pampers, susu anak dan sebagainya. Sehinggakan pada suatu masa kami terpaksa berhutang di kedai runcit untuk beli susu anak. Kami dah 2 kali hampir2 nakami k kena halau dengan tuan tanah sebab tak mampu nak bayar sewa rumah. Desakan tuan tanah yang suruh pindah tanpa memberi satu sen pun duit deposit kami, dengan anak2 saya kecil 2 orang yang umur bawah 2 tahun, saya hanya mampu mengalirkan airmata sahaja dan memanjatkan doa kepada Allah swt semoga kami diberikan rezeki untuk membesarkan anak2 saya yang masih tidak mengenal dunia ini. Pendapatan suami saya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saya berharap sangat ada pihak yang prihatin terhadap keluarga kami ini. Wassalam.

Speak Your Mind

*