Majlis Amanah Rakyat (MARA) melaksanakan program pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.
MARA turut menyediakan kemudahan pinjaman untuk usahawan Bumiputera menambah modal perniagaan.
Pinjaman MARA bertujuan menambah penyertaan dan meningkatkan kemampuan usahawan Bumiputera untuk bersaing dalam sektor perdagangan dan perindustrian kecil dan sederhana (PKS).
Pinjaman MARA merangkumi skim pinjaman mikro sehingga RM10,000 untuk memulakan perniagaan dan pembiayaan sehingga RM5,000,000 bergantung kepada tahap perniagaan dan status syarikat.
Pinjaman Putra MARA
Program Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN)
Program MARA Integrated Smart Auto (MISA)
Pinjaman Putra MARA
Skim pinjaman Putra diwujudkan untuk menyemarakkan penglibatan golongan belia berniaga.
Pinjaman Putra menyediakan peluang modal kepada usahawan muda terutama pelajar IPMa atau lepasan IPMa yang berhasrat memulakan perniagaan buat kali pertama.
Apa jenis pinjaman yang layak untuk pinjaman Putra MARA?
Semua jenis bidang perniagaan termasuk perniagaan online, kecuali pertanian dan penternakan.
Pinjaman yang diperolehi boleh digunakan untuk membeli aset perniagaan seperti mesin dan peralatan atau untuk dijadikan modal pusingan.
Berapa jumlah maksima Pinjaman Putra?
Had pinjaman adalah sehingga RM10,000 tertakluk kepada keperluan sebenar perniagaan.
Berapa caj kadar faedah atau kadar keuntungan pinjaman yang dikenakan?
Pinjaman ini tidak mengenakan sebarang kadar keuntungan. Pembiayaan adalah di bawah konsep Qardhul Hasan.
Berapa lamakah tempoh pinjaman?
Tempoh bayaran balik maksimum ialah 3 tahun atau 36 bulan.
Peminjam juga tidak perlu membayar apa-apa untuk awal bulan pertama kerana tempoh bernafas (grace period) maksima 3 bulan selepas penerimaan pembiayaan akan dipertimbangkan menurut kesesuaian.
Adakah pinjaman Putra memerlukan cagaran atau penjamin?
Skim pinjaman Putra MARA tidak perlukan sebarang cagaran atau jaminan.
Tetapi pemohon perlu kemukakan seorang penyokong (referee) di kalangan keluarga terdekat.
Syarat Kelayakan Pinjaman Putra
1. Pelajar Institusi Pendidikan MARA yang telah menamatkan pengajian tidak lebih daripada 12 bulan.
2. Warganegara Malaysia dan Bumiputera berumur antara 18 hingga 40 tahun.
2. Mempunyai tempat perniagaan yang sesuai untuk menjalankan perniagaan berkenaan.
3. Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
4. Memiliki lesen perniagaan yang berkaitan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
Cara memohon Pinjaman Putra
Bagi pelajar IPMa (GIATMARA, IKM/KKTM, KPTM, KPM, UniKL) permohonan boleh dihantar kepada pihak institusi pengajian masing-masing.
Bagi lepasan IPMa, permohonan boleh dihantar kepada Pejabat MARA Daerah di mana perniagaan dijalankan.
Program Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN)
Program ini bertujuan mengukuhkan penyertaan usahawan Bumiputera di sepanjang rantaian nilai industri agar dapat menjadi Top Entrepreneur dan membentuk niche market.
Jumlah pinjaman maksima sehingga RM500,000 untuk syarikat berstatus milikan tunggal dan perkongsian.
Pinjaman sehingga RM5,000,000 untuk syarikat sendirian berhad.
Usahawan yang layak akan diberikan pinjaman untuk modal perniagaan bagi tujuan:
Pembelian mesin dan peralatan.
Menaiktaraf mesin dan peralatan.
Modal pusingan.
Pembelian premis kilang dan lot kedai.
Mengkomersilkan produk-produk baru.
Industri Tumpuan
Industri Perubatan dan Kesihatan
Industri Angkasa (Aerospace)
Industri Hijau (Green Industry)
Industri Binaan
Industri Minyak dan Gas (Oil & Gas)
Industri Makanan dan Minuman
Industri Gaya Hidup (Lifestyles)
Industri Elektrikal dan Elektronik
Lain-lain industri penyokong agenda nasional
Syarat Pinjaman PRiN MARA
1. Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
2. Berumur antara 21 tahun hingga 60 tahun.
3. Syarikat berdaftar dengan SSM.
4. Melepasi tapisan carian kredit.
5. Memiliki pengalaman dan pengetahuan dalam bidang diceburi.
6. Telah menjalankan perniagaan selama 6 bulan ke atas atau telah mengikuti program pembangunan usahawan MARA atau program diiktiraf Kerajaan.
7. Melibatkan diri dalam perniagaan secara sepenuh masa.
8. Mampu menyumbangkan modal sendiri minima 10% daripada kos projek.
9. Belum pernah menerima kemudahan di bawah program INTEP/PITT atau KPP.
10. Lain-lain syarat mengikut keperluan semasa.
MARA Integrated Smart Auto (MISA)
Program bermatlamat mewujudkan usahawan baru dengan kemahiran teknikal yang dipelajari.
Insentif pembiayaan kepada usahawan automotif untuk memulakan bengkel sendiri yang lebih lengkap dan berdaya saing.
Pinjaman yang diperolehi boleh digunakan untuk:
Pembinaan bangunan.
Kos ubahsuai bangunan.
Pembelian mesin dan peralatan.
Pusingan modal dan belian stok.
Jumlah pinjaman diperuntukkan sehingga maksima RM500,000 untuk syarikat enterprise dan sehingga RM5,000,000 untuk syarikat sendirian berhad.
Syarat Kelayakan Program Pinjaman MISA
1. Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
2. Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak melebihi 60 tahun.
3. Syarikat berdaftar dengan SSM.
4. Mempunyai pengalaman teknikal minima 3 tahun dalam bidang automotif.
5. Telah memiliki bengkel dan ingin mengembangkan perniagaan bengkel automotif melalui strategi conversion.
Prosedur Permohonan Pinjaman MARA
Permohonan pinjaman perlu dikemukakan kepada pejabat MARA terdekat.
Laman web : www.MARA.gov.my
Laman FB : MajlisAmanahRakyat
Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan alamat cawangan MARA berdekatan sila hubungi ibupejabat MARA sepertimana butiran berikut:
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Tingkat 26, Bangunan Medan MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Tel : 03-2691 5111
Faks : 03-2691 3620
Sidik says
Klw warganegara tp bukan bumiputera layak ka buat pinjaman..sy bekas pelatih giatmara..
EymaD'sabah says
Klw bukan pelajar boleh ka buat pinjaman dekat MARA dan klw boleh apa ka syarat2 nya terima kasih