Bank Rakyat memperkenalkan pinjaman mikro untuk membantu para penjaja dan peniaga kecil meningkatkan perniagaan masing-masing.
Skim Pembiayaan Mikro-i yang ditawarkan terbahagi kepada 3 skim merangkumi:
i. Pembiayaan Mikro-i MPPK, pinjaman sehingga RM3,000 tanpa interest.
ii. Pembiayaan Mikro-i MUsK, pinjaman sebanyak RM1,000 hingga RM50,000.
iii. Micro Enterprise Fund (MEF), pinjaman sehingga RM50,000 pada kadar lebih rendah dengan kelulusan Bank Negara.
Pinjaman Mikro Bank Rakyat 2018
Pinjaman Mikro-i MPPK:
Pembiayaan Mikro Penjaja dan Peniaga Kecil
Inisiatif Kerajaan yang diperkenalkan oleh KPDNKK melalui Bank Rakyat disasarkan untuk kumpulan penjaja dan peniaga kecil bagi membantu menaik taraf perniagaan masing-masing.
Skim Pinjaman Mikro MPPK diwujudkan sebagai salah satu usaha yang diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu menginjakkan status perniagaan para penjaja dan peniaga kecil ke tahap yang lebih baik.
Skim pinjaman tanpa faedah ini menyediakan suntikan pembiayaan sehingga RM3,000 untuk tempoh pinjaman antara 12 hingga 36 bulan.
Ciri dan Kelebihan Skim Pembiayaan Mikro-i MPPK
Tiada kadar keuntungan yang dikenakan. Juga tiada bayaran pemprosesan.
Tidak memerlukan penjamin. Dan tiada cagaran diperlukan.
Perlu membayar Duti Setem pada kadar RM5.00 bagi setiap RM1,000 pinjaman atau sebahagian daripadanya.
Yuran takaful pada kadar yang telah dipersetujui akan ditolak daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan.
Syarat Kelayakan Pinjaman Mikro-i MPPK
1. Warganegara Malaysia berumur 18 – 60 tahun.
2. Terbuka kepada individu atau penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan perusahaan kecil secara sepenuh masa.
3. Memiliki lesen, permit atau daftar perniagaan yang sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan.
4. Tidak muflis
5. Jenis pemilikan yang dibenarkan adalah pemilikan tunggal, persendirian atau perkongsian.
6. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah tidak bertentangan dengan Shariah.
7. Menjadi ahli persatuan yang berdaftar.
8. Tidak mempunyai sebarang pinjaman mikro yang masih belum langsai dengan mana-mana bank atau agensi. Hanya pelanggan yang telah menjelaskan sepenuhnya pembiayaan mikro terdahulu layak memohon skim pembiayaan mikro-i MPPK.
Dokumen Permohonan Pinjaman Mikro MPPK
a. Borang Permohonan Pembiayaan Mikro-i MPPK.
b. Salinan kad pengenalan.
c. Salinan Sijil SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pembiayaan Mikro-i MUsK
Skim Pinjaman Mikro-i MUsK menawarkan peluang pembiayaan sebanyak RM1,000 sehingga maksima RM50,000.
Kadar keuntungan rata 12.56%.
Syarat Kelayakan Pinjaman Mikro Bank Rakyat
1. Warganegara Malaysia.
2. Anggota koperasi atau Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil.
3. Pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.
4. Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
5. Menetap di kawasan operasi perniagaan.
6. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 2 tahun.
7. Ahli-ahli KBD perlu mempunyai rekod pembiayaan yang baik (tunggakan tidak melebihi 4 minggu).
Ciri-Ciri Pinjaman Mikro-i MUsK
a. Pembiayaan terus kepada anggota koperasi atau Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil.
b. Menjalankan perusahaan mikro.
c. Pembiayaan melalui konsep Syariah i.e. Tawarruq.
d. Wajib menyertai Kumpulan Bantu Diri iaitu kumpulan individu terdiri daripada 5 hingga 10 orang.
Jenis Perniagaan Yang Layak Dipertimbangkan
1. Perniagaan borong dan runcit.
2. Perkilangan.
3. Perkhidmatan.
4. Sektor lain yang diiktiraf oleh Bank Rakyat.
Fi dan Caj Berkaitan
Caj Ganti Rugi (Ta’widh)
Ketika tempoh pembiayaan:
1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.
Selepas tamat tempoh pembiayaan
Berdasarkan Kadar Semasa Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak.
Fi Wakalah atau Agensi
Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30.
Pinjaman Micro Enterprise Fund
Skim Pinjaman MEF atau Tabung Usahawan Mikro menawarkan pinjaman mikro bermula RM1,000 hingga RM50,000.
Tempoh pinjaman adalah selama 5 tahun.
Pinjaman mikro MEF tidak memerlukan sebarang cagaran dan penjamin.
Syarat kelayakan pinjaman dan ciri-ciri pembiayaan adalah sama dengan skim pinjaman Mikro-i MUsK.
Perbezaan utama ialah pinjaman ini mengenakan caj kadar keuntungan yang lebih rendah pada kadar rata 8.25% setahun.
Pinjaman di bawah skim ini memerlukan kelulusan daripada Bank Rakyat dan juga Bank Negara.
Prosedur Permohonan Pinjaman Mikro
Sila kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.
Permohonan hendaklah dihantar terus ke Bank Rakyat tanpa melalui orang tengah.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada pegawai bank berkenaan yang sentiasa bersedia membantu.
Laman FB : MyBANKRAKYAT
Mohamad firdaus says
Sya nak memohon bantuan membuat modal untuk bermula berniaga sendiri. Krna bos sya sudah jatuh di sbabkan pkp. Jadi sya ingin bantuan untuk membuat modal. Sya harap sngat²dapat bantuan ini
Mazlan Ahmad says
Niaga boleh tak
asmaizatul says
macam mana nak mohon ni? saya perlukan modal untuk mulakan balik bisnes saya.
Nurasyikin binti sabtu says
Saya nk buat pinjaman mikro untuk tambah modal perniagaan