Sumber pinjaman untuk memulakan perniagaan untuk rujukan usahawan dan bakal peniaga.
Setiap skim pinjaman perniagaan memerlukan pematuhan pra-syarat pinjaman perniagaan tersendiri.
Walaupun ada syarat-syarat permohonan pinjaman yang mudah tapi realitinya bukan semua permohonan dijamin lulus.
Bukan semua yang akan dapat sebab dana adalah terhad. Apatah lagi jika ada peminjam terdahulu yang culas membayar hutang.
Pemohon perlu bijak menilai peluang berdasarkan latar belakang perniagaan, pengalaman dan kedudukan kewangan masing-masing dalam meyakinkan pihak pembiaya.
Tidak perlu lah menghabiskan masa dan tenaga merungut apabila permohonan pinjaman gagal.
Persoalan yang perlu diberi keutamaan ialah kenapa ANDA yang patut dapat pinjaman tersebut dan bukannya puluhan atau ratusan orang pemohon yang lain.
Pinjaman Usahawan Muda PUNB
Golongan muda yang berminat untuk memulakan perniagaan boleh cuba memohon pinjaman prosper usahawan muda bagi dijadikan modal perniagaan.
Skim pinjaman prosper ini dikhususkan untuk usahawan muda Bumiputera yang berusia 18 tahun dan tidak lebih dari 35 tahun pada tarikh pendaftaran.
Pemohon yang berminat perlu mendaftar dan mengikuti kesemua program penilaian terlebih dahulu.
Setelah memenuhi syarat dan melepasi saringan penilaian maka berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan sehingga RM50,000.
Bahkan bagi yang sudah pun mula berniaga sekurang-kurangnya setahun berpeluang mendapat pinjaman sehingga RM100,000.
Baca lebih lanjut berkenaan syarat-syarat kelayakan Pinjaman PROSPER PUNB.
Pinjaman Amanah Ikhtiar
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menawarkan pinjaman perniagaan bermula RM1,000 sehingga RM20,000.
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memperolehi had pendapatan isi rumah RM3,855 dan per kapita RM838 sebulan layak memohon.
AIM menawarkan 7 skim pembiayaan dengan jumlah dan tempoh pinjaman sepertimana berikut:
Skim Pinjaman | Had Pinjaman (RM) | Tempoh Ansuran (Mingguan) |
Ekonomi | ||
i-Mesra | 1,000 - 2,000 | 12, 25, 35, 50 |
3,000 β 10,000 (max) | 12, 25, 35, 50, 75, 100 | |
i-Srikandi | 12,000 β 20,000 (max) | 12, 25, 35, 50, 75, 100, 125, 150 |
i-Wibawa | 5,000 (max) | 12, 25 minggu atau setiap bulan selama 6 bulan atau sekali gus. |
Lain-Lain | ||
i-Sejahtera | 1,000 - 2,000 | 12, 25, 35, 50 |
3,000 β 10,000 (max) | 12, 25, 35, 50, 75, 100 | |
i-Bestari | 1,000 - 2,000 | 12, 25, 35, 50 |
3,000 β 5,000 (max) | 12, 25, 35, 50, 75, 100 | |
i-Penyayang | 1,000 β 2,000 | 12, 25, 35, 50 |
3,000 β 5,000 (max) | 12, 25, 35, 50, 75, 100 | |
i-Emas | 2,000 (max) | 12, 25, 35, 50 |
Pinjaman TEKUN
TEKUN turut menyediakan skim pinjaman kepada individu yang berminat memulakan perniagaan.
Jumlah pinjaman Tekun adalah bermula dari RM1,000 sehingga RM100,000 bergantung kepada kelayakan dan penilaian pihak Tekun.
Namun bagi perniagaan baru permohonan biasanya akan dipertimbangkan di bawah skim pinjaman mikro dengan jumlah pinjaman antara RM1,000 hingga RM5,000.
Tempoh pinjaman adalah sehingga 3 tahun.
Skim Pinjaman Mikro Tekun ini boleh juga dipertimbangkan untuk bisnes online atau perniagaan atas talian.
Bagi pembentangan perniagaan yang dilihat berdaya maju dan mampu memberikan keyakinan keuntungan kepada panel penilaian turut berpeluang mendapatkan pinjaman mikro sehingga RM10,000 untuk tempoh pinjaman sehingga 5 tahun.
Ketahui lebih lanjut berkenaan skim pinjaman perniagaan TEKUN Nasional.
Rahman says
Salam…saya sudah pun jalan kan perniagaan tapi masih memerlukan peruntukan modal apakah boleh memohon
Muhammad alifβ mansoor says
Saya mhd alif
Saya sekarang sudah meniaga hampir 1 tahun dah.. Perniagaan saya dari awalnya saya on sambutanya ok juga pendapatan bersih sehari 3,4ratus juga kerana ramai pelajar kolej di skitar kedai saya… Tapi sekarang pelajar kolej universiti semua banyak yg cuti.. Jadi saya punya income pon susut turun hingga nk gaji bersih 50 pon susah nk dapat… Ni sbb lah kami ingin cari 1 kedai di kawasan lain untuk mula start semula perniagaan tempat baharu… Jika seandainya tuan, puan boleh membantu kami kami mengharapkan bantuan tuan, dan puan kerana kami mempunyai tnggongan anak 3 orang dan sewa2 yg tertunggak sebelum ni
Muhammad arif says
Saya nak buka j&t di kuala nerang .. saya tidak mncukupi modal