Agrobank ialah bank milik Kerajaan di bawah pengawasan Menteri Kewangan Diperbadankan.
Pinjaman perniagaan Agrobank ditumpukan kepada sektor pertanian berpandukan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Berkembang pesat membantu usahawan dalam bidang pertanian Agrobank kini mempunyai 192 buah cawangan di seluruh Malaysia dengan kira-kira 3,400 tenaga kerja.
Kredit Mikro
Paddy-i
Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i)
Pembiayaan Berjangka-i
Machinery & Equipment Financing-i (MAEF-i)
Pembiayaan Modal Kerja-i
Program Pembiayaan
Tabung Untuk Makanan (3F)
Strategic Alliance Financing-i (SALF-i)
Program Pembiayaan Agro Bakti
Kredit Mikro
Pinjaman mikro kredit Agrobank untuk usahawan mikro.
Jumlah pinjaman mikro sehingga RM50,000 tertakluk kepada penilaian.
Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun atau 60 bulan.
Kadar keuntungan sebanyak 15% setahun dikira atas baki bulanan.
Syarat Pinjaman Mikro Agrobank
1. Warganegara Malaysia berumur 21-60 tahun pada tarikh permohonan.
2. Usahawan mikro sepenuh masa.
3. Telah menjalankan projek atau perniagaan melebihi 1 tahun.
4. Mempunyai kelulusan yang diperlukan seperti lesen, permit, pajakan tanah dan lain-lain.
5. Penjamin adalah diperlukan untuk pembiayaan ini.
6. Tidak memerlukan sebarang cagaran.
Paddy-i (Tawarruq)
Skim pinjaman tanpa cagaran untuk membiayai modal kerja aktiviti penanaman padi di kawasan yang disahkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan.
Jumlah pinjaman minima RM1,000 sehingga maksima RM50,000. Had mengikut jumlah agregat kombinasi pembiayaan Paddy-i dan PaddyCash-i.
Tempoh pembiayaan minima 6 bulan berdasarkan semakan setiap musim, tidak melebihi lima tahun.
Pinjaman ini tidak memerlukan penjamin atau sebarang cagaran.
Agro Paddy-i
Pesawah berdaftar sebagai penerima Skim Subsidi Harga Padi (SSHP).
Pesawah perlu menyalurkan hasil penerimaan SSHP berserta sebarang insentif pengeluaran yang diterima dari Kerajaan melalui akaun deposit pesawah di Agrobank.
BERNAS Paddy-i
Pesawah berdaftar dengan PRL BERNAS.
Pesawah perlu menjual hasil padi kepada KBB atau kepada Pusat Belian Padi BERNAS.
PPK / KPK Paddy-i
Pesawah berdaftar sebagai penerima Skim Subsidi Harga Padi (SSHP).
Berdaftar sebagai ahli dengan PPK/KPK.
Bagi permohonan pembiayaan musim kedua atau berikutnya: keseluruhan baki pembiayaan untuk musim sebelumnya telah dijelaskan sepenuhnya.
Kadar keuntungan skim pembiayaan adalah seperti berikut:
Agro Paddy-i
3.25% semusim (6 bulan) dan dikira atas baki bulanan.
BERNAS Paddy-i
2.52% semusim (6 bulan) dan dikira atas baki bulanan.
PPK/KPK Paddy-i
2.75% semusim (6 bulan) dan dikira atas baki bulanan.
Syarat Kelayakan Pinjaman Paddy-i
i. Warganegara Malaysia.
ii. Pesawah berdaftar dengan BERNAS atau lain-lain agensi berkaitan yang diakui Kerajaan.
iii. Berumur 18 ke atas sehingga genap 70 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
iv. Tidak mempunyai sebarang sekatan atau halangan undang-undang.
Tanaman Semula Kelapa Sawit-i (SAWIT-i)
SAWIT-i adalah kemudahan pinjaman kepada pekebun kecil yang terlibat dalam tanaman kelapa sawit berskala kecil.
Kemudahan pembiayaan adalah terbuka kepada:
- Pekebun kecil individu.
- Organisasi Industri Kelapa Sawit atau agensi-agensi kerajaan yang menguruskan pekebun kecil.
- Syarikat yang mempunyai modal berbayar kurang dari RM2.5 juta.
Pinjaman disediakan untuk dijadikan modal penanaman semula atau penambahan kawasan tanaman sedia ada.
Jumlah pinjaman sehingga RM50,000. (RM10,000 per hectare)
Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. (15 years)
Caj keuntungan pembiayaan dikenakan pada kadar 9.00% setahun atas baki bulanan. Caj 9.0% adalah berdasarkan Kadar Asas Berian Pembiayaan (KABP) sebanyak 7.00% + 2.0%. KABP tertakluk kepada perubahan semasa.
Pembiayaan Berjangka-i
Skim pinjaman jangka panjang berdasarkan shariah bagi menjalankan kegiatan atau projek yang mempunyai hubung kait dengan bidang pertanian.
Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan bagi tujuan berikut:
- Untuk membeli aset, barang atau perkhidmatan.
- Untuk menebus aset.
- Untuk mendapatkan modal kerja
- Untuk pembiayaan semula
- Untuk penstrukturan semula
Machinery & Equipment Financing-i (MAEF-i)
Skim pinjaman untuk membiayai pembelian mesin, peralatan atau kenderaan utiliti pertanian dan pembuatan yang digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk pengeluaran, pemprosesan, dan pemasaran yang berasaskan pertanian atau produk asas tani.
Kemudahan pembiayaan MAEF-i adalah berdasarkan konsep Syariah Bai’ Bithaman Ajil (BBA) dan Murabahah.
Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i (Tawarruq)
Kemudahan pembiayaan kredit pusingan jangka pendek untuk keperluan modal kerja.
Jumlah kemudahan sebanyak RM200,000 secara berterusan tertakluk kepada semakan tahunan.
Pembiayaan Belian sehingga RM20,000 untuk tempoh sehingga 120 hari.
Caj keuntungan pada kadar 7.85% setahun atas baki harian.
Program Pembiayaan
Program Agropreneur Muda (PAM)
Skim pembiayaan untuk usahawan muda dalam sektor pertanian untuk menghasilkan pendapatan progresif, berdaya saing, kreatif dan inovatif.
Program Pembiayaan Dana TERAS
Pembiayaan perbelanjaan modal dan kos operasi disasarkan kepada syarikat-syarikat yang dilantik sebagai ‘TERAS Syarikat oleh TERAJU; dan juga syarikat-syarikat yang dikenal pasti oleh Agrobank.
Skim Pembiayaan Bot Perikanan-i (SPBP-i)
Perkhidmatan untuk memodenkan industri perikanan melalui pemilikan bot serta peralatan menangkap ikan yang lebih besar dan moden berkonsepkan Tawarruq.
Skim Usahawan Tani Komersial Siswazah-i (SUTKS-i)
Kemudahan pembiayaan untuk graduan menganggur yang berminat dalam pertanian sepenuh masa berkonsepkan Tawarruq.
Skim Kredit Pengeluaran Makanan-i (SKPM-i)
Pinjaman usahawan Kecil dan Sederhana yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran makanan yang diuruskan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Kerajaan Negeri atau agensi kerajaan.
Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB – HUB)
Kemudahan pembiayaan khusus untuk usahawan Bumiputera dalam sektor pertanian.
Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB – DPUP)
Kemudahan pembiayaan berkonsepkan Tawarruq khusus untuk usahawan Bumiputera dalam sektor pertanian.
Program Dana Pertanian Komersial (DPK) (DANA GLC)
Kemudahan modal untuk menggalakkan penyertaan badan korporat menyertai projek asas tani berimpak tinggi yang boleh menjadi pemangkin kepada pengkormesilan perniagaan.
Tabung Untuk Makanan (Fund for Food)
Skim Pinjaman 3F Agrobank mensasarkan pembiayaan untuk perniagaan melibatkan pengeluaran dan pemprosesan makanan.
Dana pembiayaan Tabung Untuk Makanan merupakan kemudahan pinjaman berjangka yang boleh digunakan untuk membiayai pelaburan dalam pengeluaran makanan, pemprosesan makanan, kemudahan gudang simpanan, bilik sejuk beku dan kos pemasaran.
Tempoh pinjaman maksima sehingga 10 tahun.
Jumlah pinjaman 3F ialah minima RM10,000 sehingga maksima RM10 juta.
Kadar keuntungan pembiayaan : 3.75% – 5.0%
- 3.75% setahun bagi RM5.0 juta
- 5.00% setahun bagi pembiayaan melebihi RM5.0 juta sehingga RM10.0 juta
Syarat Kelayakan Pinjaman 3F
- Individu
- Firma perkongsian
- Syarikat
- Syarikat milik rakyat Malaysia (pegangan saham tidak kurang 51%)
Terma dan syarat berkaitan pembiayaan
1. Memerlukan cagaran. Cagaran yang diterima olah Agrobank terdiri daripada simpanan tetap, harta tetap (bangunan/tanah) dan lain-lain.
2. Syarat dan terma pinjaman adalah tertakluk kepada jenis produk dan projek/perniagaan
Sektor Tumpuan
Semua jenis projek-projek dalam industri huluan dan hiliran yang berkaitan dengan pengeluaran makanan.
Termasuk sektor perniagaan yang melibatkan pengeluaran makanan, pemprosesan makanan, kemudahan gudang simpanan atau bilik sejuk beku dan pemasaran.
Dokumen Diperlukan
1. Profil syarikat.
2. Salinan kad pengenalan.
3. Profil pihak pengurusan dan pengarah.
4. Ulasan projek dan kertas kerja.
5. Anggaran aliran tunai/aliran kewangan projek.
6. Salinan penyata bank untuk tempoh 6 bulan.
7. Rekod penyata kewangan untuk tempoh 3 tahun – akaun yang telah diaudit untuk syarikat sendirian berhad.
8. Borang 24, 44, 49, M&A untuk syarikat sendirian berhad.
9. Borang pendaftaran perniagaan- Borang B & D untuk milikan tunggal dan perkongsian.
Lain-lain dokumen tambahan (yang berkaitan)
- Senarai projek yang telah siap/sedang dilaksanakan/akan datang
- Laporan asas penilaian projek/laporan penilaian kebolehlaksanaan projek
- Senarai pelanggan dan pembekal
- Laporan penghutang dan pemiutang
- Surat perlantikan kerja/kontrak
- Permit berkaitan/ lesen/ sijil pengiktirafan SIRIM (mana berkaitan)
- Carta proses pengeluaran
Cara Memohon Pinjaman Agrobank
Permohonan hendaklah dikemukakan ke cawangan Agrobank yang berhampiran dengan lokasi perniagaan anda bagi memudahkan proses penilaian dan pemantauan.
Agrobank Contact Centre di talian
1-300-88-2476 (AGRO)
Laman web : www.AgroBank.com.my
Laman FB : AgroBank
Agrobank telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia.
LUKHMAN says
Assalamualaikum….boleh ke sy nak buat pinjaman untuk usaha kan kebun ayah sy dengan ternak kambing,ikan Dan sayuran….
Endang suryana says
Saya ingin mengajukan modal pembiayaan tanaman terong jepang bisa ga