Senarai Pinjaman Mikro untuk rujukan usahawan.
Pinjaman Mikro BSN
Pinjaman Mikro Bank Rakyat
Pinjaman Mikro Agrobank
Pinjaman Mikro Maybank
Pinjaman Mikro CIMB
Pinjaman Mikro Ambank
Pinjaman Mikro Public Bank
Pinjaman Mikro Bank Islam
Pinjaman Mikro BSN
3 pilihan Pinjaman Mikro BSN iaitu Skim BSN Micro (konvensional), BSN Micro-i (Islamik) dan BSN Microplus.
Skim Pembiayaan Mikro BSN telah berjaya membantu 18,000 usahawan mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Jumlah pinjaman minima RM5,000 sehingga RM250,000.
Tempoh pinjaman antara 1 sehingga 5 tahun.
Kadar faedah bermula serendah 6.38% tertakluk kepada terma dan syarat.
Terbuka kepada sektor perniagaan melibatkan bidang pembuatan, perkhidmatan dan peruncitan & pemborongan.
Keputusan permohonan pinjaman Mikro BSN adalah dalam tempoh 6 hari bekerja bermula sehari selepas menerima semua dokumen lengkap.
Syarat Kelayakan Pinjaman Mikro BSN
1. Warga Malaysia berumur antara 21-60 tahun.
2. Individu yang bekerja sendiri dan menjalankan perusahaan mikro.
3. Memiliki pendaftaran perniagaan dan lesen perniagaan yang sah.
4. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun secara sepenuh masa.
5. Tanpa penjamin atau dengan penjamin berpendapatan RM2,000.00 sebulan.
6. Penjamin terdiri daripada rakan niaga, pemilik saham atau pengarah syarikat (jika berkenaan).
Cara Memohon Pinjaman Mikro BSN
Kemukakan permohonan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dan Pusat Mikro Kewangan BSN yang mempamerkan logo Pembiayaan Mikro kebangsaan.
Pinjaman Mikro Maybank
Pinjaman mikro Maybank terbuka kepada syarikat mikro enterprise dan individu yang bekerja sendiri.
Dua pilihan skim pembiayaan iaitu Skim Pinjaman Maybank Mikro (konvensional) dan Skim Pembiayaan Maybank Islamic Mikro (shariah).
Jumlah pinjaman minima RM3,000 sehingga maksima RM50,000.
Tempoh pembiayaan 1 – 5 tahun.
Tujuan pinjaman boleh digunakan untuk modal pusingan dan juga bagi membiayai pembelian aset tetap.
Kadar pinjaman:
Bekerja sendiri (self-employed):
Pinjaman RM3,000 – RM20,000 dikenakan caj 11% setahun pada kadar rata (flat rate).
Syarikat mikro (micro enterprise):
Pinjaman RM20,000 – RM50,000 pada kadar BLR atau BFR + 1.25% setahun.
Tempoh kelulusan pinjaman mikro Maybank ialah 2 hari bekerja (Bekerja sendiri) dan 6 hari bekerja (Perusahaan mikro).
Tempoh pengeluaran pinjaman dalam masa 1 hari bekerja selepas pinjaman diluluskan bagi pemohon kategori bekerja sendiri.
Pengeluaran pinjaman dalam masa 3 hari bekerja selepas penerimaan kelulusan di bawah Skim CGC (Credit Guarantee Corporation) untuk perusahaan mikro.
Syarat Kelayakan Pinjaman Mikro Maybank
Pemohon yang bekerja sendiri perlu memenuhi syarat kelayakan dan kriteria berikut:
1.   Warganegara Malaysia.
2.   Berumur antara 21 – 60 tahun.
3.   Memiliki permit atau lesen perniagaan yang sah.
4.   Menguruskan sendiri perniagaan secara sepenuh masa.
5.   Mempunyai pengalaman berniaga selama 2 tahun.
6.   Tidak mempunyai rekod pinjaman yang buruk i.e. CCRIS, muflis.
Bagi perniagaan mikro, untuk dipertimbangkan permohonan, perlu memenuhi kriteria berikut:
1.   Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
2.   Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.
3.   Tidak mempunyai rekod pinjaman yang buruk.
4.   Perniagaan adalah tergolong dalam kategori Perusahaan Mikro mengikut definisi Majlis Pembangunan SME Kebangsaan (National SME Development Council NSDC) iaitu:
(a)Â Memiliki tidak lebih daripada 5 pekerja sepenuh masa.
(b)Â Jualan tahunan tidak melebihi RM200,000 bagi sektor asas tani & perkhidmatan.
(c)Â Jualan tahunan tidak lebih daripada RM250,000 untuk perusahaan mikro sektor pembuatan.
Cara Memohon Pinjaman Mikro Maybank
Sediakan dokumen sepertimana berikut:
• Kad Pengenalan
• Bukti operasi perniagaan (Seperti pendaftaran perniagaan, lesen/permit perniagaan).
• Bukti pendapatan (Seperti penyata bank untuk 6 bulan, penyata cukai pendapatan).
• Pengesahan bank akaun beroperasi selama 2 tahun yang memuaskan.
Kemukakan permohonan di cawangan Maybank yang mempamerkan Logo Pembiayaan Mikro Kebangsaan.
Nurul fathiyah says
Saya nak buat pinjaman perniagaan.. Saya berkerja ndri tiada slip gaji.. Adakah saya layak buat pinjaman
Nur attika says
Hai…saya nak tanya..jika baru untuk memulakan perniagaan dan membuat pinjaman perniagaan boleh ke?