Pelbagai program pinjaman Usahawan Muda telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui institusi berkaitan dengan tujuan menggalakkan belia menceburi perniagaan.
Pinjaman Usahawan Muda PROSPER PUNB ~ masih aktif.
Skim Pinjaman Budding PUMA ~ program pinjaman PUNB untuk pelajar yang minat berniaga.
Dana Usahawan Muda SME Bank ~ program pembiayaan ini telah ditamatkan.
Pinjaman Usahawan Muda PROSPER
Pinjaman perniagaan yang disasarkan khas untuk usahawan muda Bumiputera yang berminat menceburi bidang perniagaan.
Menawarkan peluang pinjaman shariah sehingga maksima RM100,000.
Pembiayaan melebihi RM50,000 hanya ditawarkan kepada perniagaan milikan tunggal dan perkongsian yang sedia ada dan telah beroperasi sekurang-kurangnya setahun.
Tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun.
Turut melibatkan pembangunan korporat dan pemantauan serta program latihan dan pembangunan usahawan.
Kriteria Kelayakan Pinjaman Prosper Usahawan Muda
1. Golongan belia Bumiputera berumur 18 tahun dan tidak lebih dari 35 tahun pada tarikh pendaftaran.
2. Setiap usahawan perlu menyediakan modal sumbangan minima sebanyak RM500.
3. Sanggup mengikuti kesemua program yang ditentukan oleh PUNB.
4. Tidak mempunyai rekod kurang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan.
5. Perniagaan adalah 100% milikan Bumiputera dan diuruskan sendiri oleh usahawan.
6. Perniagaan adalah berdaya maju dan patuh Shariah.
Bidang Perniagaan Yang Ditumpukan
Automotif
Peralatan Komputer
Pendidikan
Pengedaran & Pasar Basah
Pakaian & Aksesori
Konfeksi & Gerai Makanan
Kosmetik & Perkhidmatan Kecantikan
Alatan Logam & Perkhidmatan Kejuruteraan
Fotokopi & Percetakan
Buku & Alat Tulis
Perhiasan Rumah
Pinjaman Budding PUMA PUNB
Khusus untuk pelajar sepenuh masa di IPTA dan IPTS yang berminat menceburi bidang perniagaan.
Menyediakan peluang pinjaman untuk modal perniagaan bermula RM1,000 sehingga maksima RM10,000.
Tempoh pinjaman ialah antara 6 bulan sehingga 18 bulan.
Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sangat rendah pada kadar rata 2% setahun.
Perniagaan Tumpuan
Perniagaan Online.
Perdagangan Am.
Pendidikan.
Penjagaan Kesihatan.
Makanan & Minuman.
Trak Makanan.
Seni Kreatif.
Fesyen & Gaya Hidup.
Syarat Pinjaman Budding Puma
1. Berumur tidak lebih daripada 30 tahun pada tarikh permohonan.
2. Merupakan pelajar secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
3. Pelajar tahun akhir yang sedang belajar di semester akhir tidak layak memohon.
4. Bersedia untuk mengikuti program latihan anjuran PUNB.
5. Perniagaan adalah 100% milik Bumiputera dan patuh Shariah.
6. Syarikat milikan tunggal atau perkongsian yang berdaftar dengan SSM.
7. Perniagaan yang sudah beroperasi atau perniagaan start-up layak memohon.
8. Perlu menyediakan penjamin i.e. warga Malaysia samada ibu bapa, saudara atau penjaga yang mempunyai bukti pendapatan jika pinjaman melebihi RM5,000.
9. Pinjaman RM5,000 ke bawah tidak memerlukan penjamin.
Cara Memohon Pinjaman
Hantar borang permohonan dan cadangan perniagaan ke ibu pejabat atau mana-mana cawangan PUNB untuk penilaian.
Sesi taklimat pembiayaan PUNB diadakan pada setiap Isnin bermula jam 10 pagi di ibu pejabat PUNB.
Sesi taklimat pembiayaan dijalankan pada setiap hari bekerja jam 10 pagi di cawangan-cawangan PUNB.
Dana Usahawan Muda SME
Dana Usahawan Muda atau Young Entrepreneur Fund (YEF) adalah sebuah dana khas yang diwujudkan oleh Kerajaan khusus untuk golongan belia sebagai salah satu strategi berterusan untuk membudaya dan membentuk usahawan dikalangan belia di Malaysia.
Skim pinjaman usahawan muda ini ditawarkan oleh SME Bank pada masa lalu. Sayangnya program pembiayaan ini kini telah ditamatkan.
Tujuan dana ini adalah bagi menyediakan alternatif kepada usahawan muda dalam mendapatkan pembiayaan bagi memulakan perniagaan serta bagi memenuhi keperluan perniagaan sedia ada.
Jumlah Pembiayaan: Minimum RM20,000 – Maksimum RM100,000
Tempoh pembiayaan: Sehingga 7 tahun termasuk maksimum 1 tahun tempoh pernafasan (grace period).
Kadar Keuntungan Efektif: 5% setahun (Annuity Monthly Rest).
Laman Rujukan: DanaUsahawanMuda. Last seen 24July2017.
Ciri Skim Pembiayaan
Pembiayaan adalah berlandaskan Syariah. Contoh jenis pinjaman termasuklah Bai’ Inah, Bai’ Bithaman Ajil, Ijarah, Ijarah Thummal Bai’ dan Bai’ Istisna’.
Boleh digunakan untuk membiayai modal pusingan seperti pembelian bahan mentah, stok, kos overhead, ubahsuai, promosi & pengiklanan dan lain-lain.
Jumlah pinjaman yang boleh dipertimbangkan ialah sehingga 100% daripada kos.
Reimbursement adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.
Boleh juga digunakan untuk tujuan pembelian aset perniagaan contohnya alat-alatan kecil, mesin dan peralatan, peralatan pejabat, kenderaan dan lain-lain kategori peralatan niaga.
Margin pembiayaan untuk pembelian aset baru ialah sehingga 95% daripada kos. Manakala, untuk mesin terpakai (secondhand atau reconditioned) ialah sehingga 75% daripada kos. Pembiayaan semula adalah tidak dibenarkan. Reimbursement adalah dibenarkan untuk perbelanjaan yang tidak melebihi 3 bulan dari tarikh kelulusan pembiayaan.
Cagaran ke atas aset yang dibiayai. Untuk pembiayaan tunai, cagaran tunai sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pembiayaan.
Syarat Kelayakan Pinjaman Dana Usahawan Muda
1. Warga belia Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang memiliki perniagaan.
2. Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan pendaftaran bertauliah sama ada pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn Bhd.
3. Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon yang berstatus Belia mestilah individu yang memegang perkongsian atau memiliki saham majoriti melebihi 51% DAN individu Belia tersebut adalah pembuat keputusan utama dalam firma atau syarikat.
4. Memiliki kelayakan minimum Sijil Keusahawanan atau Sijil Vokasional atau sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam perniagaan yang hendak dibiayai.
5. Pemohon yang tidak memiliki Sijil Keusahawanan atau Sijil Vokasional masih boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon menyertai latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), SME Bank.
6. Syarikat atau firma yang baru bermula (perniagaan start-up) juga boleh dipertimbangkan.
Dokumen Permohonan Pinjaman
1. Borang Permohonan Dana Usahawan Muda.
2. Salinan kad pengenalan.
3. Salinan Sijil Keusahawanan atau Sijil Vokasional.
4. Rancangan perniagaan.
5. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM).
Ahmad faisal says
Saya ahmad faisal saya dah ada perniagaan menjahit pakaian polis imigresen hospital dah 2 tahun beropersi bolehkah saya memohon pinjaman usahawan muda.terima kasih
Muhammad afiq bin rosli says
Assalamualaikum,
Saya afiq , pelajar lepasan skm tahap 3 dari kolej vokasional , ingin memohon pinjaman dana usahawan muda , saya ingin membuka kedai fesyen clothing & cousmetic . Saya memerlukan dana untuk meneruskan rancangan perniagaan saya ,
Terima kasih.