Bank Simpanan Nasional telah memperkenalkan Skim Pinjaman Perniagaan Mikro BSN sejak tahun 2007.
Pinjaman Perniagaan BSN Mikro ini menawarkan peluang pinjaman sehingga RM50,000 untuk usahawan yang baru beroperasi.
Pada tahun pertama pengenalan skim ini BSN telah meluluskan pinjaman kepada 320 usahawan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM5 juta.
Setelah 10 tahun pengenalannya skim pinjaman mikro ini telah menyediakan pembiayaan kepada lebih 58,000 pelanggan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM1.5 bilion.
Jumlah pinjaman terus bertambah dari tahun ke tahun.
Pinjaman Perniagaan BSN Mikro
Skim pinjaman perniagaan BSN ini membuka peluang kepada usahawan untuk mendapatkan suntikan modal tambahan untuk mengembangkan perniagaan.
Sektor perniagaan yang layak dipertimbangkan ialah yang terlibat dalam mana-mana bidang pembuatan (manufacturing), perkhidmatan (services) atau peruncitan dan pemborongan (retail & wholesale).
Jumlah Pinjaman Minima : RM5,000
Jumlah Pinjaman Maksima: RM50,000
Kadar Faedah: Bermula daripada 6.38% setahun
(tertakluk kepada terma dan syarat)
Tempoh Pinjaman: 1 hingga 5 tahun
Institusi Kewangan Pelaksana: Bank Simpanan Nasional Berhad
Syarat Pinjaman Perniagaan BSN Mikro
1. Rakyat Malaysia berumur antara 21 hingga 60 tahun.
2. Individu bekerja sendiri yang menjalankan perusahaan mikro.
3. Memiliki perniagaan yang berdaftar dan lesen perniagaan yang sah.
4. Telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun secara sepenuh masa.
5. Tanpa penjamin atau dengan penjamin bergaji RM2,000 sebulan.
6. Penjamin adalah di kalangan rakan kongsi, pemilik saham atau pengarah syarikat, jika berkenaan.
Permohonan Pinjaman Perniagaan BSN
Permohonan hendaklah dikemukakan terus kepada mana-mana cawangan Pusat Pembiayaan Perniagaan BSN seluruh negara.
Tempoh kelulusan pinjaman BSN Mikro adalah dalam masa 6 hari bekerja bermula sehari selepas penerimaan borang dan dokumen yang lengkap.
1. Borang permohonan BSN Mikro yang lengkap diisi.
2. Dua salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
3. Satu salinan pendaftaran perniagaan atau lesen perniagaan.
4. Penyata Bank untuk 6 bulan terakhir jika ada.
5. Satu salinan Buku Akaun Bank termasuk Akaun BSN jika berkenaan.
6. Dokumen lain berkaitan perniagaan, contohnya: bil utiliti, perjanjian penyewaan permis perniagaan.
7. Rekod jualan untuk tempoh 6 bulan terkini, jika berkenaan.
Dokumen untuk penjamin (jika berkenaan)
a. 2 salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
b. Slip gaji asal dan salinan untuk 3 bulan terakhir.
c. Satu salinan Penyata Cukai Pendapatan jika berkenaan.
d. Salinan Penyata KWSP, jika berkenaan.
e. Surat pengesahan majikan, jika berkenaan.
Suhaimi says
Nak tanya lepas dh lulus dan sign aggrement berapa lama masa diambil untuk dapat duit???
Komathy A/P Perumal says
Syarikat saya beroperasi sejak 2007 menceburi dalam bidang binaan.tetapi Pendaftaran lesen cidb baru lagi. Ada transaksi bank. Boleh mohon-tak?
Mohd zariat says
Assalamualaikum selamat petang
Saya ingin bertanya.. untuk penjamann peruncitan 2021 masih boleh apply x..Saya dah berjual 2 tahun sudah..persendirian
Muhammad Adam maula harisfazilah says
Selamat petang cik sye nak mohon pinjaman untuk berniaga boleh mohon tak sbb sya nk guna sijil SSM boleh tak cik sye dh puas mohon dh
Jiwa kacau says
Sign agrement xpayah keluar duit ke
Lepas mohon mesti kene masukan duit dulu atau mcm akan ad keluar duit dulu ke.