Peluang mendapatkan pinjaman untuk sesiapa yang bercita-cita hendak buka kedai.
Juga peluang menambahkan modal perniagaan untuk usahawan Bumiputera yang sudah mula berniaga dan kini memasang impian untuk membesarkan perniagaan agar lebih maju.
Bagi perniagaan baru tidak banyak sumber dana yang boleh diakses kerana perniagaan masih belum teruji.
Oleh itu, peniaga baru atau bakal peniaga perlu sediakan modal dari wang simpanan peribadi atau menjual lebihan aset yang ada.
Boleh juga memohon pinjaman peribadi untuk dijadikan modal perniagaan.
Atau cuba memohon bantuan kewangan yang disediakan sepertimana program-program berikut:
Pinjaman PROSPER Runcit PUNB
Skim Prosper Runcit ini bertujuan mempertingkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam perniagaan runcit.
Justeru ia membuka peluang kepada Bumiputera yang ingin menceburi atau mengembangkan perniagaan runcit.
Jenis perniagaan runcit yang boleh dipertimbangkan termasuklah stesen minyak, kedai tekstil & pakaian, kedai emas, kedai cermin mata, kedai menjual makanan & minuman, kedai kasut dan barangan kulit, kedai kosmetik & kecantikan, kedai aksesori wanita, kedai buku & alat tulis, kedai herba dan ubatan tradisional, kedai peralatan sukan dan rekreasi, kedai elektrik & elektronik, trak bergerak atau lain-lain perniagaan yang sesuai dengan keperluan bidang peruncitan.
Syarat kelayakan
Usahawan
1. Bumiputera berumur lebih 18 tahun.
2. Memiliki kemahiran perniagaan dan sanggup mengikuti kursus-kursus yang dikenal pasti oleh PUNB.
3. Sanggup bekerja sepenuh masa.
4. Tiada rekod kurang memuaskan dengan institusi kewangan.
5. Membiayai dengan dana sendiri sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kos projek.
Perniagaan
1. Perniagaan runcit milik 100% bumiputera.
2. Perniagaan berdaya maju dengan pembiayaan tidak melebihi RM1juta.
3. Aset syarikat tidak dicagarkan untuk pembiayaan dengan institusi kewangan lain.
4. Lokasi perniagaan telah dikenal pasti.
Jenis bantuan / Bentuk pembiayaan
-
Pakej Perkongsian Perniagaan
Pembiayaan ekuiti dan pinjaman berdasarkan prinsip Syari’ah sehingga RM1 juta, melalui pakej ini PUNB menyediakan pembiayaan ekuiti sehingga 10% daripada jumlah kos projek dan kemudahan pinjaman untuk membiayai sehingga 80% baki kos projek.
-
Pakej pembiayaan dan perkhidmatan
Pembiayaan maksimum sehingga RM200,000 atau 90% daripada jumlah kos projek berdasarkan prinsip Syariah. Pakej ini menawarkan khidmat nasihat perniagaan dan latihan membangunkan kemahiran perniagaan.
- Khidmat kenal pasti premis perniagaan melalui TPPT (syarikat hartanah kelolaan Bank Negara Malaysia)
- Bantuan Pembangunan Kemahiran Keusahawanan
- Pengurusan Perakaunan
Prosedur permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan terus kepada PUNB
Hubungi
Sekretariat PROSPER
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
Tel: 03 – 2785 1515
Faks: 03 – 2780 2100
Laman Web: www.punb.com.my
Laman FB : PUNBofficial
Mohd Geffery Shamsir says
Salam… Saya ingin memohon tawaran pinjaman niaga bagi menambah baik mutu niaga yang saya dalam dunia niaga. Diharap pencerahan maklumat baik serta awal daripada Pihak Tn/PN amatlah saya mengalu-alukan. Sekian Terima Kasih…
Mohd Fauzi Bin Husin says
Salam sejahreta.
Saya daripada kecil memang telah didedahkan dengan perniagaan kedai runcit kepunyaan arwah bapa. Abang yang membantu arwah bapa menguruskan kedai itu juga telah meninggal dunia. Kini kedai itu sudah 2 tahun tidak wujud. Saya yang kini berniaga kedai makan bersebelahan kedai runcit tersebut yg telah disewakan kepada orang lain sebagai store barang serbanika. Oleh kerana sangat berminat dan teruja untuk menukar perniagaan kedai makan kepada peruncitan jika ada peluang. Memandangkan kini modal tiada hajat itu terpaksa ditangguhkan.
Apa yang perlu saya lakukan.
Amirul fikri bin ishak says
Assalamualaikum..saya ingin memulakan perniagaan dalam bidang runcit atau frozen..permualan berniaga ini saya ingin memohon bantuan kewangan..
Tun says
Saya dah buka kedai runcit. Cuma nak kembangkan lagi. Boleh mohon ni tak?
FADRI BIN TAWI says
assalamualaikum..
saya ingin nak buka kedai runcit,adakah disini dapat memberi bantuan untuk saya membuka kedai runcit? saya disini ingin minta bantuan untuk memulakan buka kedai runcit.😊