Terdapat pelbagai saluran yang menawarkan Pinjaman Perniagaan.
Persoalannya manakah saluran pinjaman perniagaan yang terbaik?
Dilema yang dihadapi kebanyakan usahawan ialah pihak pemberi pinjaman hanya pandai menabur janji manis.
Apabila diajukan permohonan banyak sangat proses dan syaratnya.
Sebenarnya prosedur mendapatkan pinjaman perniagaan tidaklah terlalu sukar.
Tak dinafikan Bank tidak mudah memberikan pinjaman lebih-lebih lagi kepada perniagaan yang baru bertapak.
Oleh itu, usahawan dan pemilik perniagaan perlu ada strategi untuk mendapatkan pinjaman.
Yang penting ialah perlu tahu skim pinjaman sesuai dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Paling penting ialah meyakinkan pihak Bank bahawa ANDA mampu membayar balik pinjaman dalam masa yang ditetapkan.
Pertimbangkan faktor-faktor berikut dalam menentukan keperluan pinjaman perniagaan anda:
1. Tujuan pinjaman samada untuk pembiayaan premis, mesin atau modal pusingan.
2. Jumlah pinjaman yang diperlukan.
3. Tempoh pembiayaan.
4. Bila pinjaman tersebut diperlukan.
5. Jenis atau Skim pinjaman yang sesuai.
6. Kemampuan memenuhi kriteria kelayakan dan anggaran kebarangkalian kelulusan pinjaman.
7. Kos pinjaman.
8. Kemampuan membayar balik pinjaman.
Antara syarikat pembiaya dan agensi pemberi pinjaman perniagaan yang memberi peluang kepada usahawan baru termasuklah AgroBank (dulu dikenali sebagai Bank Pertanian), Bank SME, MIDF, Perbadanan Nasional Berhad, Yayasan Tekun Nasional, CGC dan MARA.
Pinjaman SME Bank
SME Bank menawarkan perkhidmatan pembiayaan dan pinjaman yang merangkumi tahap perniagaan PKS dari tahap permulaan perniagaan sehingga peringkat eksport dan pengembangan perniagaan. Antara skim yang ditawarkan termasuklah Dana Usahawan Muda, SME Start-Up. SME Procurement, SME Profesional, SME Franchise dan SME Global.
Pinjaman MARA
Majlis Amanah Rakyat atau MARA adalah badan berkanun yang beroperasi semenjak tahun 1966.
Sejajar dengan mandat penubuhannya demi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat khususnya masyarakat Bumiputera MARA menawarkan kemudahan pembiayaan perniagaan yang bertepatan.
Antara skim pinjaman perniagaan yang ditawarkan untuk usahawan MARA ialah Skim Pembiayaan Am, Skim Pembiayaan Kontrak dan Skim Pembiayaan Khas meliputi sektor pembuatan, perkhidmatan, peruncitan dan pemborong.
Walau bagaimanapun, memandangkan MARA bukan lah sebuah institusi kewangan maka had pembiayaannya adalah terbatas.
Skim Pinjaman Perniagaan MARA
Penyediaan pinjaman untuk pembelian mesin dan peralatan, ubahsuai premis perniagaan dan sebagai modal pusingan.
Syarat Pinjaman
i. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 18 tahun ke atas.
ii. Berpengalaman dalam perniagaan yang diceburi.
iii. Mempunyai lesen daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan.
iv. Dapat menyumbangkan modal sendiri minima 10% daripada kos projek.
v. Melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
Jumlah pinjaman sehingga RM250 ribu untuk syarikat milikan tunggal dan perkongsian.
Pinjaman sehingga RM500 ribu untuk syarikat Sendirian Berhad.
Pinjaman dikenakan caj faedah atau kadar keuntungan 4% setahun.
Pinjaman MIDF
MIDF merupakan institusi pembangunan perniagaan yang membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan baru dengan menawarkan pinjaman perniagaan untuk keperluan modal kerja dan meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Melalui skim pinjaman yang dikenali sebagai SLSME atau Skim Pinjaman Mudah untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana usahawan boleh memohon untuk mendapatkan pinjaman bermula minima RM50,000 sehingga RM5 juta untuk pembiayaan projek, atau RM5 juta untuk membiaya pembelian aset tetap, atau pinjaman modal kerja sehingga sebanyak RM3 juta.
Tempoh pembiayaan maksima boleh dipertimbangkan sehingga 7 tahun untuk pembelian aset atau sehingga 25 tahun untuk pembiayaan tanah dan premis termasuk tempoh kelonggaran pembayaran pinjaman sehingga dua tahun.
Yang paling menarik untuk skim pinjaman ini ialah kadar faedah atau kadar keuntungan yang dikenakan ialah antara yang paling rendah di pasaran pada masa kini iaitu sebanyak 4 peratus setahun.
Skim Pinjaman Untuk Sektor Perkhidmatan
Skim Pinjaman Mudah Untuk Sektor Perkhidmatan atau Soft Loan Scheme for Services Sector (SLSSS).
Dibiayai oleh Kerajaan untuk menyediakan bantuan pinjaman kepada syarikat yang terlibat dalam sektor perkhidmatan.
Disasarkan untuk usahawan dalam sektor perkhidmatan tidak termasuk kewangan, insuran, utiliti dan sektor pembinaan.
Menyediakan bantuan pembiayaan kepada syarikat permulaan atau perusahaan dalam mewujudkan usahawan perkhidmatan baru.
Memberikan bantuan pinjaman untuk berkembang, memodenkan dan mempelbagaikan perkhidmatan kepada aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan.
Menyediakan pinjaman untuk pembelian aset tetap seperti tanah, bangunan, mesin, peralatan dan perkakasan dan perisian ICT, pengubahsuaian premis perniagaan dan untuk keperluan modal kerja.
Jumlah pinjaman minima RM100,000 sehingga maksima RM5 juta.
Kadar faedah pinjaman yang dikenakan ialah 4.0% setahun pada kadar tahunan untuk PKS dan 5.0% setahun pada kadar tahunan untuk bukan PKS.
Norli says
Sya amat berminat utk perniagaan tp tk mampu utk berniaga
KHALED MAJID says
Terdapat peluang perniagaan dari sektor2 pembinaa, perkhidmatan dan pembuatan, disebabkan syarat permohonan terlalu berat dan boleh hilangnya peluang perniagaan tersebut. Mohon pihak2 pemberi pinjaman tidak terlalu menekan kan syarat, tidak kira dari swasta atau pun kerajaan.Komitmen pembayaran pasti tercapai dengan baik.
Rika says
Terlalu banyak peluang pembiayaan yang boleh mengubah nasib kita sebagai peniaga yang terjejas..tetapi malang nya terlalu banyak SOP yg di perlukan.sehingga kan kita tidak layak untuk meneruskan perniagaan kita dan smpai gulung tukar .contoh nya saya sebagai peniaga bumiputra yang amat trjejas akibat covid.amat sukar bagi saya untuk meneruskan perniagaan saya tiada satu pun yang boleh menerima permohonan sya .sbb ctoss criss .wlaupun x brapa bnyak jumlah tapi buat masa skrng sukar bagi saya untk settlekan criss/ctoss.tolong la bgi peluang bagi yg ada mslah tidak ada akaun semasa dn criss/ctoss.bagaimana ingin trus kan perniagaan dan usha untuk mmbyar ctoss/criss..sekiranya sya peniaga harus gulung tikar di sebabkan TIDAK layak mendapat bantuan pembiayaan untuk meneruskan lagi perniagaan yg amat terjejas akibat pandemik yg sedia ada..PLEASE GIVE US CHANCE!
Wan says
Sya mau buat pinjaman