Skim pinjaman tanpa faedah ini diperkenalkan oleh Bank Rakyat melalui peruntukan dana oleh Kerajaan untuk membantu membangunkan perniagaan luar bandar.
Skim Pinjaman Ekonomi Desa yang kini dinamakan Skim Pembiayaan Pembangunan Luar Bandar-i ini menawarkan peluang pembiayaan kepada usahawan luar bandar yang memerlukan modal untuk membiayai kos perniagaan.
Pinjaman bertujuan membiayai pengembangan perniagaan seperti kos belian peralatan dan jentera, ubah suai premis dan pembelian bahan mentah.
Skim Pinjaman Tanpa Faedah Usahawan Luar Bandar
Skim pinjaman bertujuan membantu usahawan yang berniaga di lokasi luar dan pesisir bandar (usahawan desa) berlandaskan konsep Al-Qardhul Hassan.
Syarat Kelayakan Pinjaman Tanpa Faedah
1. Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
2. Perniagaan milikan tunggal, perkongsian atau syarikat persendirian yang beroperasi di luar bandar.
3. Usahawan berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun (pemilik tunggal) semasa permohonan.
4. Pemohon yang berumur lebih daripada 55 tahun pada tempoh permohonan, seorang penjamin diperlukan.
5. Merupakan usahawan sepenuh masa (pemilik tunggal dan rakan kongsi).
6. Telah mendapat kelulusan perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
7. Memiliki lesen perniagaan yang sah.
8. Mempunyai premis tetap untuk operasi perniagaan.
9. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kerajaan.
10. Telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun.
Jumlah Pinjaman
Pembiayaan minima RM20,000 sehingga maksima RM500,000.
30% Geran Kerajaan
Ibra’ sebanyak 30% atas jumlah pembiayaan RM250,000 ke bawah.
Ibra’ merujuk kepada rebat yang diberikan oleh bank kepada peminjam yang melunaskan pembiayaan lebih awal berasaskan kepada kontrak jual dan beli.
Klausa Ibra’ perlu diselaraskan dengan dokumen perjanjian bagi mengelakkan daripada berlakunya isu ketidakpastian (gharar) berhubung dengan hak pelanggan.
Tempoh Pinjaman
Untuk pembiayaan RM250,000 ke bawah tempoh pinjaman maksimum 5 tahun.
Bagi pinjaman melebihi RM250,000 tempoh pinjaman maksimum ialah sehingga 7 tahun.
Tempoh pembiayaan adalah termasuk tempoh tangguhan selama 6 bulan.
Caj Berkaitan
Caj perkhidmatan sebanyak 5% setahun.
Caj Ganti Rugi (Ta’widh):
Ketika tempoh pinjaman: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.
Selepas tamat tempoh pinjaman: Berdasarkan Kadar Semasa Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak.
Duti Setem 0.4% dari jumlah pinjaman seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949
(Semakan 1989).
Pelanggan dinasihati mengambil perlindungan MRTA daripada syarikat takaful yang dilantik oleh Bank.
Konsep Qard: Pinjaman Tanpa Faedah
Al-Qardhul Hassan merujuk kepada pembiayaan tanpa faedah dan peminjam hanya membayar jumlah pokok dan kos berkaitan lain yang ditentukan peminjam.
Melibatkan Qard iaitu kontrak pinjaman yang melibatkan dua pihak yang bertujuan untuk kebajikan sosial selain memenuhi keperluan kewangan jangka pendek peminjam.
Tiada caj keuntungan atau faedah dikenakan. Amaun bayaran pinjaman adalah sama dengan amaun yang dipinjam.
Akan tetapi, agensi pelaksana iaitu Bank Rakyat akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 5% setahun.
Walau bagaimanapun, caj ini mungkin boleh diabaikan dengan adanya geran sebanyak 30% daripada jumlah pembiayaan, tertakluk kepada terma dan syarat.
Cara Memohon Pinjaman Tanpa Faedah
Sila kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat 1-300-80-5454 untuk penerangan dan temujanji.
Permohonan rasmi perlu dihantar terus ke Bank Rakyat.
nafiz says
assallammuallaikum
saya sudah menjalankan perniagaan didala 1 tahu…..
projek yang saya dapat adakala payment 1 2 bulan…
boleh tak saya buat pinjaman maxima untuk pusingan
Mustapa bin bujang says
Macam kalau tak ada syarikat tapi baru nak permulaan bisnes kecil
Shamsul says
Assalamualaikum,,
Saya ade tanah pusaka utk dimajukan dengan perniagaan sendiri di kawasan pinggir bandar.
Perniagaan jenis francas seperti KFC atau lain dengan tiada modal permulaan. Berdasarkan pengalaman kerja terdahulu saya mampu usahakan.