Skim pinjaman tanpa faedah ini diperkenalkan oleh Bank Rakyat melalui peruntukan dana oleh Kerajaan untuk membantu membangunkan perniagaan luar bandar.
Skim Pinjaman Ekonomi Desa yang kini dinamakan Skim Pembiayaan Pembangunan Luar Bandar-i ini menawarkan peluang pembiayaan kepada usahawan luar bandar yang memerlukan modal untuk membiayai kos perniagaan.
Pinjaman bertujuan membiayai pengembangan perniagaan seperti kos belian peralatan dan jentera, ubah suai premis dan pembelian bahan mentah.
Skim Pinjaman Tanpa Faedah Usahawan Luar Bandar
Skim pinjaman bertujuan membantu usahawan yang berniaga di lokasi luar dan pesisir bandar (usahawan desa) berlandaskan konsep Al-Qardhul Hassan.
Syarat Kelayakan Pinjaman Tanpa Faedah
1. Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera.
2. Perniagaan milikan tunggal, perkongsian atau syarikat persendirian yang beroperasi di luar bandar.
3. Usahawan berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun (pemilik tunggal) semasa permohonan.
4. Pemohon yang berumur lebih daripada 55 tahun pada tempoh permohonan, seorang penjamin diperlukan.
5. Merupakan usahawan sepenuh masa (pemilik tunggal dan rakan kongsi).
6. Telah mendapat kelulusan perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
7. Memiliki lesen perniagaan yang sah.
8. Mempunyai premis tetap untuk operasi perniagaan.
9. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kerajaan.
10. Telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun.
Jumlah Pinjaman
Pembiayaan minima RM20,000 sehingga maksima RM500,000.
30% Geran Kerajaan
Ibra’ sebanyak 30% atas jumlah pembiayaan RM250,000 ke bawah.
Ibra’ merujuk kepada rebat yang diberikan oleh bank kepada peminjam yang melunaskan pembiayaan lebih awal berasaskan kepada kontrak jual dan beli.
Klausa Ibra’ perlu diselaraskan dengan dokumen perjanjian bagi mengelakkan daripada berlakunya isu ketidakpastian (gharar) berhubung dengan hak pelanggan.
Tempoh Pinjaman
Untuk pembiayaan RM250,000 ke bawah tempoh pinjaman maksimum 5 tahun.
Bagi pinjaman melebihi RM250,000 tempoh pinjaman maksimum ialah sehingga 7 tahun.
Tempoh pembiayaan adalah termasuk tempoh tangguhan selama 6 bulan.
Caj Berkaitan
Caj perkhidmatan sebanyak 5% setahun.
Caj Ganti Rugi (Ta’widh):
Ketika tempoh pinjaman: 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.
Selepas tamat tempoh pinjaman: Berdasarkan Kadar Semasa Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak.
Duti Setem 0.4% dari jumlah pinjaman seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949
(Semakan 1989).
Pelanggan dinasihati mengambil perlindungan MRTA daripada syarikat takaful yang dilantik oleh Bank.
Konsep Qard: Pinjaman Tanpa Faedah
Al-Qardhul Hassan merujuk kepada pembiayaan tanpa faedah dan peminjam hanya membayar jumlah pokok dan kos berkaitan lain yang ditentukan peminjam.
Melibatkan Qard iaitu kontrak pinjaman yang melibatkan dua pihak yang bertujuan untuk kebajikan sosial selain memenuhi keperluan kewangan jangka pendek peminjam.
Tiada caj keuntungan atau faedah dikenakan. Amaun bayaran pinjaman adalah sama dengan amaun yang dipinjam.
Akan tetapi, agensi pelaksana iaitu Bank Rakyat akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 5% setahun.
Walau bagaimanapun, caj ini mungkin boleh diabaikan dengan adanya geran sebanyak 30% daripada jumlah pembiayaan, tertakluk kepada terma dan syarat.
Cara Memohon Pinjaman Tanpa Faedah
Sila kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat 1-300-80-5454 untuk penerangan dan temujanji.
Permohonan rasmi perlu dihantar terus ke Bank Rakyat.
MAWI says
Salam …sy dah buka bengkel membaik pulih kenderaan lebih kurang sepuluh tahun dan skrg sy bercadang ingin memohon pinjaman utk buka dan buat bangunan baru di tempat yg lebih selesa .cadangan tempat sdh ada cuma modal nak buat bengkel shj tidak ada,jadi apakah syarat2 yg perlu sy ada utk memohon skim pinjaman ini ..terima kasih…
Abdul malik says
Salam sya pemandu teksi permit sindiri boleh mohon pinjaman skin trima kasih
Hariz says
Assalamualaikum , bolehkah saya meminjam untuk membuka cawangan francais KFC di kawasan luar bandar?
Nur hafizah says
Pernigaan pasar malam di Johor baharu senang ke lulus.