Pinjaman TEKUN merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana.
Di samping menggunakan wang simpanan peribadi, usahawan serta individu yang menjalankan perniagaan secara online dan offline yang mahu menambah modal perniagaan boleh memohon skim pinjaman Tekun yang bersesuaian.
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional ditubuhkan dengan matlamat menyediakan kemudahan pinjaman mudah dan cepat untuk bumiputera memulakan perniagaan dan mengembangkan bisnes masing-masing.
TEKUN Nasional dahulunya dikenali sebagai Yayasan Tekun Nasional adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang diwujudkan pada 9 November 1998.
Setelah pembubaran MECD pada tahun 2009 fungsinya diagihkan dan berada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kini TEKUN Nasional adalah dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUN).
Sejak 1998 TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan sehingga RM5 bilion kepada 402,842 usahawan Malaysia.
Skim & Syarat Pinjaman TEKUN
Terdapat 15 pejabat Tekun di seluruh negara berfungsi memberi khidmat nasihat berkenaan skim-skim pinjaman dan syarat-syarat pinjaman Tekun. Antara skim pinjamannya termasuklah:
Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
Skim Pembiayaan Program TemanNita
Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
Skim Pembiayaan Kontrak-i
AR-RAHNU Tekun
Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
Program Agropreneur Muda 2017
Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS)
Program Pembiayaan Nelayan / Pemasar
Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera (SPBT)
Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera
Secara amnya, kelulusan jumlah pinjaman Tekun adalah antara RM1,000 hingga RM100,000 bergantung kepada kelayakan dan penilaian pihak Tekun.
Tempoh pinjaman Tekun adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun bergantung kepada skim dan pertimbangan pihak Tekun.
Pinjaman | Jumlah | Tempoh Pinjaman |
Skim Pinjaman Mikro ( SPM ) | RM1,000 – RM5,000 | Hingga 3 tahun |
Skim Pinjaman Mikro ( SPM ) | >RM5,000 – RM10,000 | Hingga 5 tahun |
Skim Pinjaman Kecil ( SPK ) | >RM10,000 – RM50,000 | Hingga 5 tahun |
Skim Pinjaman Sederhana (SPS) | >RM50,000 – RM100,000 | Hingga 10 tahun |
Syarat-Syarat Pinjaman Tekun Nasional
Berikut adalah syarat-syarat asas kelayakan pinjaman Tekun. Bagi skim atau program pembiayaan tertentu terdapat syarat-syarat lain yang lebih spesifik.
1. Bumiputera dan Masyarakat India. Masyarakat India boleh memohon di bawah Program SPUMI.
2. Berumur 18 – 60 tahun. Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun.
3. Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai rancangan perniagaan yang berpotensi dan berdaya maju.
4. Memiliki lesen/Permit/Daftar Perniagaan yang sah. Pinjaman di bawah RM5,000 tidak memerlukan Pendaftaran Perniagaan (SSM).
5. Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
6. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan. Pinjaman sehingga RM5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan.
7. Satu pinjaman bagi satu isi rumah kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isi rumah.
8. Bayaran balik pinjaman RM20,000 sehingga RM100,000 menggunakan bayaran Post- Dated Cheque.
9. Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.
10. Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman/perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan kecuali permohonan di kalangan siswazah.
11. Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000.
Selain itu, walaupun tidak ditekankan sebagai syarat wajib tetapi sebaik-baiknya jika ada pinjaman lain pastikan tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak memuaskan. Rekod pembayaran yang tidak baik akan menjejaskan peluang mendapat kelulusan pinjaman yang dipohon.
Tempoh Kelulusan Pinjaman Tekun
Setiap permohonan pembiayaan Tekun memerlukan pematuhan syarat dan penyerahan dokumen berkaitan yang lengkap bagi membolehkan proses penilaian dan kelulusan pinjaman.
Tempoh kelulusan pinjaman Tekun adalah antara 7 hari sehingga 30 hari tertakluk kepada jumlah pinjaman dan skim yang dipohon.
Program dan Skim Pinjaman TEKUN Nasional terdahulu yang telah distrukturkan semula.
TEKUN Niaga
Modal kerja tambahan untuk gerai tetap dan bergerak atau kedai bagi menjalankan perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan aktiviti pengeluaran.
TEKUN Rakan Niaga
Pembiayaan bagi pakej perniagaan usahasama dengan TEKUN i.e. produk kecantikan, makanan beku, pusat tuisyen dan lain-lain yang ditentukan oleh TEKUN.
TEKUN Tunas
Modal permulaan kepada usahawan baru yang berpotensi mengusahakan gerai tetap atau bergerak atau kedai bagi perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan aktiviti pengeluaran.
TEKUN Ternak
Menyediakan pembiayaan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan atau penternakan seperti lembu dan kambing, membiak burung Puyuh, ikan air tawar dan udang.
TEKUN Tani
Menyediakan pembiayaan memulakan atau membesarkan perniagaan atau projek pertanian seperti penanaman pisang, jagung, tebu dan sayur-sayuran atau pokok ornament/hiasan seperti orkid, kaktus dan pokok bonsai.
TEKUN Jangka Pendek
Pembiayaan modal kerja daripada RM500 sehingga RM2,000 dengan pembayaran secara mingguan antara 1 bulan sehingga 3 bulan bagi menguruskan gerai pasar sehari atau malam, bazaar Ramadhan, pameran dan aktiviti promosi jualan.
TEKUN Pelancongan
Menyediakan pembiayaan memulakan atau membesarkan perniagaan atau projek pelancongan seperti inap desa program (Homestay), chalet, peralatan reakreasi, agro pelancongan dan lain-lain yang ditentukan oleh TEKUN.
Cara Memohon Pinjaman Tekun
Hubungi pejabat TEKUN yang berhampiran. Sebaiknya pejabat yang berdekatan dengan premis perniagaan yang sedang atau bakal dijalankan.
Alamat ibu pejabat Tekun:
TEKUN NASIONAL
Ibu Pejabat TEKUN Nasional
T5-01-01, Menara 5,
Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju (Maju Link),
57000 Bandar Tasik Selatan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 03-9059 8888
Faks : 03-9059 9292
Bagi program dan skim tertentu pemohon perlu menghadiri majlis taklimat yang diadakan oleh pihak Tekun.
Laman Rasmi : www.tekun.gov.my Saluran Tweeter : tekunasional
Setiap permohonan hendaklah DIHANTAR TERUS kepada Tekun tanpa melalui orang tengah. Tekun Nasional adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membantu. Jangan biarkan orang tengah atau mana-mana pihak ketiga lain mengambil kesempatan dan mengenakan caj permohonan pinjaman.
suzyana says
Saya nk tahu mcm mana cara nk buat pinjaman modal untuk perniagaan.
mohd rezwan says
asalamualaikum, saya mempunyai perniagaan kecil-kecilan. iyaitu mencuci gambar,dan selalu pergi ketempat majlis kawin. wat masa ni, saya hanya ada 1 printer sahaja dan ingin menambah beberapa buah mesin printer.dengan ini saya memerlu kan bantuan dari pihak TEKUN untuk membesar kan lagi bisnes saya ini. kerjasama pihak TEKUN”amatlah saya hargai. terima kasih*
zalzalna says
Assalam..sya mmbuat perniagaan kecil2..antara perniagaan sya
Adalah produk kecantikkan n penjualan kad prabayar
Sya bercadang utk memperbesarkn lgi perniagaan INi..memandangkn smbutan
Amat baik..cuma sya skrng kekurangan modal..jadi boleh me TEKUN membantu
Memberi pinjaman.
Aliza binti abdullah says
Nama saya aliza saya convert Islam selepas convert Islam banyak dugaan saya hadapi Dan akhirnya sekarang sedikit demi sedikit saya Cuba stable kan kehidupan saya …
Sekarang saya buat paling kecil kecilan perniagaan jual tudung whole sale hantar pergi kuatan Kelantan terengganu …
Says lawan dgn hidup saya sampai boleh
Kerana tunjuk dgn keluarga saya APA dia orang fikir tak betul Pascal Islam ….
Alhamdulillah sekarang saya ada juga dapat bantuan Dari Kakak di baitumal
Assalamalaikkum !
Minta maaf untuk gangguan
Nama saya karthiaini sebelum saya convert Muslim
Sekarang saya dikenali sebagai Aliza binti abdullah (850923435012)
Saya masuk Islam selepas saya
hidup pegang adap Hindu 29tahun baru satu tahun ini saya masuk Islam
Ada sebabnya saya masuk islam kerana saya sangat hormat Dan suka cara Agama Islam hormat antara satu sama lain
Lagi satu saya khawin dengan Islam
Tapi sampai hari pertama saya masuk Islam sampai sekarang saya lari untuk kehidupan saya .
Apa yang saya fikir Dan rasa
Dengan apa yang saya alami semua berbeza Kali ganda
Biar saya ceritakan apa berlaku dalam kehidupan saya selepas saya convert
Saya hidup dengan keluarga yang besar ayah ibu adik Kakak
Bila saya bercadang untuk masuk Agama Islam satu keluarga tak suka tapi masih saya pegang hati saya untuk terima Agama Islam dihati saya kerana satu perasaan timbul dihati tak dapat diluahkan dalam perkataan begitu kuat kerpercayaan saya Allah kan berada disesi saya .
Saya pun masuk Agama Islam bila masuk pejabat Agama Islam ada Tanya saya ada ke keluarga saya tahu yang saya masuk Agama Islam
Saya ceritakan keluarga saya tahu tapi tak setuju …
Saya masuk Islam dipejabat mais Klang puan yang layan saya beritahu saya jangan risau kalau selepas awak pegang Agama Islam ada masala Dari sesiapa Agama Islam akan jaga awak .
Perkataan itu bagi saya tenaga Dan hilangkan kerisauan dalam hati .
Selepas saya masuk Agama Islam adik saya beritahu emak saya berbagai2 cerita dan bawa sampai saya dihalau Dari rumah .asalkan rumah itu diatas nama saya Dan adik saya
Emak saya buat banyak gaduhan dengan saya sampai nak minum racun kalau saya tak tandatangan dipejabat peguam beritahu rumah itu tak ada apa2 hubungan dengan saya
adik saya ada semua hak untuk jual rumah itu .
Saya pun masa itu terpaksa tandatangan Surat peguam .
Selepas itu 2bulan saya menyara hidup saya didalam kereta setiap tempat rehat dengan gandungan 6bulan diperut saya .
Berapa kali telefon Dan pergi pejabat Agama Islam tak ada balasan positive yang dibagi.
Sampai la hidup saya sudah pun dilahirkan anak tapi tak ada balasan …
Sekarang keadaan saya amat susah sampai nak Beli barangan harian pun tak ada duit .
Dengan rezeki allah dapat Ambil rumah sewa tapi satu rumah dibahagikan 3orang asalkan sewa dapat dikurangkan setiap belah
Ada kereta tapi semua dalam tungagang banyak
Tuan rumah dah bagi notice
Sekarang saya ceritakan ini semua bukan untuk minta duit atau sedekah
Saya dah telefon hantar msg Dan jumpa pegawai dipejabat Agama Islam tapi tak ada satu balasan sampai sekarang ….
Apa yang keluarga saya Dan saudara cakap Agama Islam akan bagi awak duduk dekat jalan bukan bagi tangan nak tolong
Awak buang adat Hindu Dan masuk Agama Islam biar kita pun tengok macam mana awak hidup
Sekarang bagi saya Rasa
selepas banyak kali msg dan telefon tak ada balas apa yang keluarga saya Dan saudara saya inginkan akan jadi .
saya duduk dijalan
Selepas ini Allah yang saya dipercayai yang kena tolong saya .
Sekarang apa yang sepatutnya saya kena buat..
Tolong la tunjuk jalan
Ya Allah
Bila keluar Dari rumah hati saya hanya pegang satu perkataan walaupun apa keadaan dialami tak akan salur tangan dengan keluarga Dan saudara
Tapi keadaan tak bagi bila minta tolong jawapan yang diberi adalah awak lahir sebagai Hindu sepatutnya mati sebagai Hindu tapi awak buang Agama Hindu Dan sambut agama Islam …
Pergi minta tolong dengan dia orang kenapa cari orang Hindu lagi
Ini balasan yang saya dapat .
antidot says
maaf saya bertanya, puan bgtau puan sudah berkahwin dgn lelaki muslim (saya pikir muslim sebab puan dh convert kan)…dimana suami puan ye? sepatutnya suami puan kena bantu puan atasi masalah-masalah ini sebab puan dh dibuang keluarga.