Pinjaman TEKUN merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana.
Di samping menggunakan wang simpanan peribadi, usahawan serta individu yang menjalankan perniagaan secara online dan offline yang mahu menambah modal perniagaan boleh memohon skim pinjaman Tekun yang bersesuaian.
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional ditubuhkan dengan matlamat menyediakan kemudahan pinjaman mudah dan cepat untuk bumiputera memulakan perniagaan dan mengembangkan bisnes masing-masing.
TEKUN Nasional dahulunya dikenali sebagai Yayasan Tekun Nasional adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang diwujudkan pada 9 November 1998.
Setelah pembubaran MECD pada tahun 2009 fungsinya diagihkan dan berada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kini TEKUN Nasional adalah dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUN).
Sejak 1998 TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan sehingga RM5 bilion kepada 402,842 usahawan Malaysia.
Skim & Syarat Pinjaman TEKUN
Terdapat 15 pejabat Tekun di seluruh negara berfungsi memberi khidmat nasihat berkenaan skim-skim pinjaman dan syarat-syarat pinjaman Tekun. Antara skim pinjamannya termasuklah:
Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
Skim Pembiayaan Program TemanNita
Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
Skim Pembiayaan Kontrak-i
AR-RAHNU Tekun
Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
Program Agropreneur Muda 2017
Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS)
Program Pembiayaan Nelayan / Pemasar
Skim Pembiayaan Usahawan Bekas Tentera (SPBT)
Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera
Secara amnya, kelulusan jumlah pinjaman Tekun adalah antara RM1,000 hingga RM100,000 bergantung kepada kelayakan dan penilaian pihak Tekun.
Tempoh pinjaman Tekun adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun bergantung kepada skim dan pertimbangan pihak Tekun.
Pinjaman | Jumlah | Tempoh Pinjaman |
Skim Pinjaman Mikro ( SPM ) | RM1,000 – RM5,000 | Hingga 3 tahun |
Skim Pinjaman Mikro ( SPM ) | >RM5,000 – RM10,000 | Hingga 5 tahun |
Skim Pinjaman Kecil ( SPK ) | >RM10,000 – RM50,000 | Hingga 5 tahun |
Skim Pinjaman Sederhana (SPS) | >RM50,000 – RM100,000 | Hingga 10 tahun |
Syarat-Syarat Pinjaman Tekun Nasional
Berikut adalah syarat-syarat asas kelayakan pinjaman Tekun. Bagi skim atau program pembiayaan tertentu terdapat syarat-syarat lain yang lebih spesifik.
1. Bumiputera dan Masyarakat India. Masyarakat India boleh memohon di bawah Program SPUMI.
2. Berumur 18 – 60 tahun. Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun.
3. Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai rancangan perniagaan yang berpotensi dan berdaya maju.
4. Memiliki lesen/Permit/Daftar Perniagaan yang sah. Pinjaman di bawah RM5,000 tidak memerlukan Pendaftaran Perniagaan (SSM).
5. Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak (mobile).
6. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan. Pinjaman sehingga RM5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan.
7. Satu pinjaman bagi satu isi rumah kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isi rumah.
8. Bayaran balik pinjaman RM20,000 sehingga RM100,000 menggunakan bayaran Post- Dated Cheque.
9. Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.
10. Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman/perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan kecuali permohonan di kalangan siswazah.
11. Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000.
Selain itu, walaupun tidak ditekankan sebagai syarat wajib tetapi sebaik-baiknya jika ada pinjaman lain pastikan tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak memuaskan. Rekod pembayaran yang tidak baik akan menjejaskan peluang mendapat kelulusan pinjaman yang dipohon.
Tempoh Kelulusan Pinjaman Tekun
Setiap permohonan pembiayaan Tekun memerlukan pematuhan syarat dan penyerahan dokumen berkaitan yang lengkap bagi membolehkan proses penilaian dan kelulusan pinjaman.
Tempoh kelulusan pinjaman Tekun adalah antara 7 hari sehingga 30 hari tertakluk kepada jumlah pinjaman dan skim yang dipohon.
Program dan Skim Pinjaman TEKUN Nasional terdahulu yang telah distrukturkan semula.
TEKUN Niaga
Modal kerja tambahan untuk gerai tetap dan bergerak atau kedai bagi menjalankan perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan aktiviti pengeluaran.
TEKUN Rakan Niaga
Pembiayaan bagi pakej perniagaan usahasama dengan TEKUN i.e. produk kecantikan, makanan beku, pusat tuisyen dan lain-lain yang ditentukan oleh TEKUN.
TEKUN Tunas
Modal permulaan kepada usahawan baru yang berpotensi mengusahakan gerai tetap atau bergerak atau kedai bagi perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan aktiviti pengeluaran.
TEKUN Ternak
Menyediakan pembiayaan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan atau penternakan seperti lembu dan kambing, membiak burung Puyuh, ikan air tawar dan udang.
TEKUN Tani
Menyediakan pembiayaan memulakan atau membesarkan perniagaan atau projek pertanian seperti penanaman pisang, jagung, tebu dan sayur-sayuran atau pokok ornament/hiasan seperti orkid, kaktus dan pokok bonsai.
TEKUN Jangka Pendek
Pembiayaan modal kerja daripada RM500 sehingga RM2,000 dengan pembayaran secara mingguan antara 1 bulan sehingga 3 bulan bagi menguruskan gerai pasar sehari atau malam, bazaar Ramadhan, pameran dan aktiviti promosi jualan.
TEKUN Pelancongan
Menyediakan pembiayaan memulakan atau membesarkan perniagaan atau projek pelancongan seperti inap desa program (Homestay), chalet, peralatan reakreasi, agro pelancongan dan lain-lain yang ditentukan oleh TEKUN.
Cara Memohon Pinjaman Tekun
Hubungi pejabat TEKUN yang berhampiran. Sebaiknya pejabat yang berdekatan dengan premis perniagaan yang sedang atau bakal dijalankan.
Alamat ibu pejabat Tekun:
TEKUN NASIONAL
Ibu Pejabat TEKUN Nasional
T5-01-01, Menara 5,
Jalan Lingkaran Tengah, Lingkaran Maju (Maju Link),
57000 Bandar Tasik Selatan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 03-9059 8888
Faks : 03-9059 9292
Bagi program dan skim tertentu pemohon perlu menghadiri majlis taklimat yang diadakan oleh pihak Tekun.
Laman Rasmi : www.tekun.gov.my Saluran Tweeter : tekunasional
Setiap permohonan hendaklah DIHANTAR TERUS kepada Tekun tanpa melalui orang tengah. Tekun Nasional adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membantu. Jangan biarkan orang tengah atau mana-mana pihak ketiga lain mengambil kesempatan dan mengenakan caj permohonan pinjaman.
Salasiah Binti Mohd Santi @ Sayuti says
Assalamualaikum wrmbrkth. TEKUN, Saya Pn. Salasiah dan saya juga surirumah sepenuhmasa. Kami ingin buka perniagaan berasaskan pertanian iaitu meniaga ikan. Kami tiada kenderaan dan modal untuk memulakan perniagaan. Cuma saya mengharapkan duit suami yang hanya gaji sebulan RM1,500.00. Ini belum tolak lagi api air, sewa rumah, sewa motorsikal, keperluan barang2 dapur, pampers, susu anak dan sebagainya. Sehinggakan pada suatu masa kami terpaksa berhutang di kedai runcit untuk beli susu anak. Kami dah 2 kali hampir2 nakami k kena halau dengan tuan tanah sebab tak mampu nak bayar sewa rumah. Desakan tuan tanah yang suruh pindah tanpa memberi satu sen pun duit deposit kami, dengan anak2 saya kecil 2 orang yang umur bawah 2 tahun, saya hanya mampu mengalirkan airmata sahaja dan memanjatkan doa kepada Allah swt semoga kami diberikan rezeki untuk membesarkan anak2 saya yang masih tidak mengenal dunia ini. Pendapatan suami saya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saya berharap sangat ada pihak yang prihatin terhadap keluarga kami ini. Wassalam.
marjanah binti abdul rahman says
Assalamualaikum Tuan/ Puan/Pihak TEKUN,
Saya dan suami ingin memulakan perniagaan ice cream kon namun kami tidak mempunyai modal. Kami berhasrat untuk memulakan perniagaan menggunakan van secara bergerak (van milik bapa saya). Namun demikian kos untuk mesin dan barang2 keperluan perniagaan tersebut dianggarkan berjumlah lebih kurang RM7k – RM9k. Justeru itu saya memohon bantuan daripada pihak TEKUN agar dapat memberikan nasihat dan cara untuk pihak kami mendapatkan pinjaman. Perhatian dan kerjasama segera daripada pihak TEKUN amatlah saya hargai. Wassalam.
Alina says
Pn Salasiah, sila lihat web page Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai alternatif, hanya berkongsi. 🙂
Shafiq says
salam Pn,Salasiah… maaf jika saya ingin menyuarakan pendapat saya.. bagi saya TEKUN hanya akan memberi pinjaman sekiranya peminjam di lihat berpotensi membayar balik pinjaman yang telah dibuat, bagi kes puan ini.. terang-terang puan ada menyatakan yang puan tidak mampu membayar sewa rumah Puan sekarang, macam mana tekun mahu membantu jika dilihat potensi mendapat balik bayaran itu amat tipis.saya nasihatkan Puan salasiah Mohon bantuan PERNIAGAAN dari BAITULMAL negeri puan. kerana BAITULMAL ada peruntukan untuk bantuan PERMULAAAN PERNIAGAAN tanpa perlu bayar balik.dan PELAJARILAH ILMU PERNIAGAAn seelok-eloknya. ikuti kursus yang ditawarkan oleh MARDI,FAMA atau Jabatan Perikanan yang berhampiran.. saya doakan semoga Puan terus MAJU !
erwan azizi bin sulaiman says
Assalamualaikum..ingin bertanya..jika perniagaan saya di ipoh bermakna saya perlu pohon di cawangan ipoh ke atau dimana2 cawangan.?
kamarul azzuan b rahim says
Asalam..sy nk tnya,isteri sy seorg surirumah n dia bminat utk berniaga(peruncitan),mslahnya kmi xda m0dal untk pelaburan berniaga,di kg ada sbji kdai ibu sy,tp skg dia dh xniagakalu buat pnjaman utk perbaiki kedai n nk msuk brgan,mcm na pr0sudernya,lesen perniagaan ibu sy ada tp dh xpired,perlukah renew lesen ibu,@m0h0n lesen bru atas nama istri,ibu sy mang bharap sgt istri sy dpt buka kdai di kg,sb kdai runcit di kg xbyk,n kalu ada pn brg xmckupi,jd pnduduk tpaksa kuar pekan,sy harap pihak tekun dpt membantu sy
ismail says
Salam dan selamat sejahtera,
Saya Ismail,menjalankan kerja-kerja servis dan perkhidmatan teknikal seperti membaikpulih,tetapi kerja yang lebih saya lakukan adalah ‘calibration servis’,iaitu membuat penentusahan isipadu untuk tangki-tangki minyak sawit di kilang sawit atau pun tangki minyak dan gas seperti diesel,petrol dan lpg di depoh minyak,Saya banyak membuat servis ini untuk SimeDarby,Felda,Petron Malaysia,Petronas dan lain-lain yang mana saya memerlukan kos dan kenderaan sesuai.persoalannya…..layakkah saya memohon pinjaman TEKUN.