Bank Simpanan Nasional telah memperkenalkan Skim Pinjaman Perniagaan Mikro BSN sejak tahun 2007.
Pinjaman Perniagaan BSN Mikro ini menawarkan peluang pinjaman sehingga RM50,000 untuk usahawan yang baru beroperasi.
Pada tahun pertama pengenalan skim ini BSN telah meluluskan pinjaman kepada 320 usahawan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM5 juta.
Setelah 10 tahun pengenalannya skim pinjaman mikro ini telah menyediakan pembiayaan kepada lebih 58,000 pelanggan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM1.5 bilion.
Jumlah pinjaman terus bertambah dari tahun ke tahun.
Pinjaman Perniagaan BSN Mikro
Skim pinjaman perniagaan BSN ini membuka peluang kepada usahawan untuk mendapatkan suntikan modal tambahan untuk mengembangkan perniagaan.
Sektor perniagaan yang layak dipertimbangkan ialah yang terlibat dalam mana-mana bidang pembuatan (manufacturing), perkhidmatan (services) atau peruncitan dan pemborongan (retail & wholesale).
Jumlah Pinjaman Minima : RM5,000
Jumlah Pinjaman Maksima: RM50,000
Kadar Faedah: Bermula daripada 6.38% setahun
(tertakluk kepada terma dan syarat)
Tempoh Pinjaman: 1 hingga 5 tahun
Institusi Kewangan Pelaksana: Bank Simpanan Nasional Berhad
Syarat Pinjaman Perniagaan BSN Mikro
1. Rakyat Malaysia berumur antara 21 hingga 60 tahun.
2. Individu bekerja sendiri yang menjalankan perusahaan mikro.
3. Memiliki perniagaan yang berdaftar dan lesen perniagaan yang sah.
4. Telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun secara sepenuh masa.
5. Tanpa penjamin atau dengan penjamin bergaji RM2,000 sebulan.
6. Penjamin adalah di kalangan rakan kongsi, pemilik saham atau pengarah syarikat, jika berkenaan.
Permohonan Pinjaman Perniagaan BSN
Permohonan hendaklah dikemukakan terus kepada mana-mana cawangan Pusat Pembiayaan Perniagaan BSN seluruh negara.
Tempoh kelulusan pinjaman BSN Mikro adalah dalam masa 6 hari bekerja bermula sehari selepas penerimaan borang dan dokumen yang lengkap.
1. Borang permohonan BSN Mikro yang lengkap diisi.
2. Dua salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
3. Satu salinan pendaftaran perniagaan atau lesen perniagaan.
4. Penyata Bank untuk 6 bulan terakhir jika ada.
5. Satu salinan Buku Akaun Bank termasuk Akaun BSN jika berkenaan.
6. Dokumen lain berkaitan perniagaan, contohnya: bil utiliti, perjanjian penyewaan permis perniagaan.
7. Rekod jualan untuk tempoh 6 bulan terkini, jika berkenaan.
Dokumen untuk penjamin (jika berkenaan)
a. 2 salinan Kad Pengenalan depan dan belakang.
b. Slip gaji asal dan salinan untuk 3 bulan terakhir.
c. Satu salinan Penyata Cukai Pendapatan jika berkenaan.
d. Salinan Penyata KWSP, jika berkenaan.
e. Surat pengesahan majikan, jika berkenaan.
Siti nurulain binti roslee says
Mcm sya yg baru nak mulakan bisnes mcm mna ye..??
sharon osman says
dah 5tahun saya jalan kan niaga bubble tea bole ka saya mohon bsn
Muhamad Rabbani bin rosli says
Nak pinjam untuk berniaga